[VIDEO] Detik Ten Hag Arah Pegawainya Scouting Malacia: “Budak Tu Bagus, Antony Tak Boleh Lepas”

Reaksi kali pertama Erik ten Hag untuk menyaksikan Tyrell Malacia telah dirakam oleh kamera. Di mana Ten Hag yang ketika itu menjadi pengurus Ten Hag terus terpesona dengan permainan pemain muda Feyenoord itu.

Itulah kali pertama Ten Hag dikatakan berminat untuk bergabung dengan Tyrell Malacia. Dia malah mengarahkan pegawainya untuk memberikan perhatian untuk bek kiri itu. Dan sudah tentunya untuk discouting.

Manchester United dikatakan ‘yakin’ untuk menandatangani bek kiri berusia 22 tahun itu selepas perbincangan dengan wakil pertahanan Feyenoord itu berlangsung pada hari Rabu.

Malacia dijangka menelan kos dalam lingkungan £12.9 juta, menurut laporan, ketika Erik ten Hag cuba memperkuatkan skuadnya menjelang kempen baharu.

Malacia, yang membuat 54 penampilan untuk kelab dan negara pada musim lalu, hampir menyertai pasukan Ligue 1 Lyon pada musim panas ini dan perbincangan dengan pasukan Perancis itu diteruskan.

Namun nampaknya United telah merampas perjanjian itu. Jadi apa yang peminat harapkan daripada bek sayap itu?

Nah, salah satu persembahan individu terbaiknya musim ini untuk Feyenoord adalah dalam pertembungan Eredivisie menentang Ajax, di mana dia berjaya mendiamkan pemain bintang Antony sepanjang masa.

Antony merupakan pemain yang sangat lincah dan sangat sukar dikawal. Tetapi ketika berdepan Malacia, dia mati kutu pada masa itu.

Seperti yang anda boleh lihat dalam rakaman cemerlang di bawah, Ten Hag boleh dilihat menunjuk ke arah Malacia semasa perlawanan berlangsung atas padang.

“Tengok budak tu, di bek kiri itu hebat,” katanya, sebelum meminta pembantunya mencatit nota.

Kemudian dalam klip itu juga, Ten Hag meratapi hakikat bahawa Antony sedang bergelut dalam pertarungannya menentang pemain antarabangsa Belanda itu.

Malacia beberapa kali memenangi bola sama ada dengan pintasan ataupun bentesan.

“Antony tidak boleh melepasinya,” kata bos baharu Manchester United itu.

Peminat Man United yang melihat video itu yakin bahawa Malacia benar benar pemain dimahukan Ten Hag.

Malacia dijangka akan diumumkan sebagai pemain baharu Man United dalam masa terdekat.

BACA JUGA: Tak Risau Ugutan Van Gaal, Dan Tak Suka Buang Masa BertTikTok, Tyrell Malacia Bek Muda Yang Matang

Nama Tyrell Malacia menjadi perhatian dunia. Ini selepas pemain pertahanan itu dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Sesuatu yang Erik Ten Hag suka kepada Malacia adalah komitmennya di atas padang dan di luar padang. Dia merupakan pemain yang benar benar fokus kepada bola sepak sebagai keutamaan.

Pemain berusia 22 tahun itu sangat cepat matang di dalam dan di luar padang. Menjadikan dia sasaran kepada kelab elit eropah yang lain.

Ini termasuk gergasi Liga Inggeris, Man United. Di mana United sanggup membayar pakej keseluruhan EUR17 juta untuk pemain muda itu.

Malacia akan memberikan persaingan kepada Luke Shaw dan juga Alex Telles di posisi bek kiri.

Malacia menepati ciri ciri pemain yang dikehendaki Erik Ten Hag. Bek sisi moden yang boleh melakukan gerakan bahaya dari tepi padang dengan larian progresif.

Ramai pemain muda hari ini menghabiskan masa lapang mereka di media sosial seperti Twitter, Tiktok dan Instagram. Namun bukan Tyrell Malacia.

Dia malah ada mengupah jurulatih peribadinya sendiri. Kesedarannya tentang pembangunan bola sepak pada usia awal memang luar biasa. Ramai pemain pada usianya tidak kisah hal jurulatih peribadi yang membantu mereka di luar sesi latihan dengan kelab.

Jordan Kroon menjelaskan pandangannya tentang Malacia: “Dia seorang yang sangat serius, dan bukan tipikal pemain biasa. Dia juga tak berminat dengan media sosial. Dia banyak menghabiskan masanya untuk berlatih dan sangat bagus berdepan dengan tekanan.”

Manchester United dikatakan berjaya menyailang Lyon dalam usaha mendapatkan Malacia. Namun isu tergantung kerana Malacia ada isu menukar ejennya pada ketika ini.

Selepas isu ejen selesai, beliau dijangka akan diumumkan sebagai pemain Man United yang baharu.

Satu lagi perkara yang menarik adalah mentaliti pemain ini. Sebelum ini Louis Van Gaal menggertak Jurrien Timber agar menolak tawaran Man United atau pemain itu berpotensi kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan Belanda.

Van Gaal merasakan Timber hanya akan menjadi pemain simpanan di United. Dan dia sudah menegaskan, jika pemain itu tak mengumpul minit perlawanan yang memuaskan, dia akan dibuang daripada skuad Piala Dunia.

Tyrell Malacia pula tidak risau dengan Van Gaal. Walaupun dia tahu dia tidak akan menjadi pemain yang automatik dalam kesbelasan utama di United. Peluang itu kelihatan lebih cerah jika dia bersama Lyon.

Namun Malacia mahu mengembangkan kariernya di kelab seperti United dan sedia membuktikan kepada Van Gaal. Mentaliti ini yang sangat kuat dan terpuji.

Dia merupakan pemain muda yang terus meningkat naik ketika di Feyenoord. Memiliki rekod 1.1 hantaran bahaya setiap perlawanan.

Ten Hag benar benar cuba bekerja dengan pemain yang sesuai dengan sistemnya.

Selain daripada Malacia, Manchester United dan Erik Ten Hag masih berusaha membawa seorang lagi darah Belanda ke dalam pasukan iaitu Frenkie De Jong.

Man United berharap rundingan mendapatkan De Jong diselesaikan segera. Di mana Barcelona sudah mulai dikaitkan dengan kepulangan semula Arthur.

Manchester United juga masih mencari pemain penyerang utama selepas mereka kehilangan Cavani.

Pada masa yang sama United masih berusaha untuk menjual beberapa pemain mereka termasuk Wan Bissaka dan juga Eric Bailly. Namun hanya pada harga yang tepat.

Man United dikritik beberapa peminat mereka kerana bertindak agak slow dalam perpindahan kali ini.

Namun Richard Arnold sudah memberikan jaminan bahawa dia dan Murtough akan memastikan Ten Hag mendapat kesemua pemain yang dia mahukan.

Baca yang lain