[VIDEO] Falsafah Spaletti & Napoli: “Sistem Tak Penting Hari Ini Tetapi Ruang Dan Kepantasan”

Luciano Spaletti dikenali sebagai salah seorang pakar taktikal dalam bola sepak Eropah.

Luciano Spalletti menjelaskan bahawa kunci kepada bola sepak Napoli yang cantik pada hari ini bukanlah sistem, tetapi ianya berkaitan dengan ‘mencari ruang yang ditinggalkan oleh lawan.’

Partenopei telah menempah tempat ke Pusingan 16 dengan baki dua perlawanan, setelah memenangi semua empat perlawanan.

Mereka juga melakukannya dengan bergaya, menjaringkan 10 gol hanya menentang Ajax, setelah menang 6-1 di Amsterdam dan 4-2 di Itali, dengan sejumlah 17 gol dihasilkan.

Menjadikan Napoli kini sebagai salah sebuah pasukan dalam prestasi terbai di Eropah.

“Pada petang-petang seperti ini, anda dihanyutkan oleh suasana. Pada satu ketika, saya berasa pening dan terfikir saya dapat melihat bintang-bintang berkeliaran di dalam kepala saya,” kata Spalletti kepada Sky Sport Italia.

“Kelayakan ini bergantung kepada pemain dan saya bertuah dapat bekerja dengan kumpulan seperti ini. Seluruh bandar berbangga dengan mereka, sebuah bandar yang mendorong kami dengan motivasi yang betul.”

Jurulatih itu dipuji kerana taktikal serangan yang bertenaga dan formasi 4-3-3, tetapi dia menyatakan bahawa kekuatan mereka adalah keinginan untuk memenangi ruang.

“Sistem tidak lagi wujud dalam bola sepak, semuanya mengenai ruang yang ditinggalkan oleh lawan. Anda mesti cepat untuk melihat mereka dan tahu masa yang sesuai untuk menyerang, mempunyai keberanian untuk memulakan langkah walaupun ditekan.”

“Kita melihat hari ini dengan gol pertama Ajax, itulah dia Liga Juara-Juara Eropah.”

“Anguissa cedera dan kami bolos sebelum dapat mengeluarkan bola daripada permainan.”

Ikuti video ringkas menjelaskan apa yang dimaksudkan Spaletti itu.

Osimhen bangkit dari bangku simpanan untuk kemunculannya semula dan menjaringkan gol pada minit akhir, telah terperangkap ofsaid beberapa kali dan gagal menyempurnakan peluang.

Dia turun dengan rasa terdesak yang ketara setelah sekian lama tidak beraksi kerana kecederaan.

“Osimhen sering ofsaid kerana dia sangat bersemangat sehingga dia memulakan larian lebih awal,” jelas Spalletti.

“Dia masih belum berada dalam bentuk yang betul untuk membantu rakan sepasukannya, tetapi kami cuba mengekalkan bola lebih banyak pada separuh masa kedua dan menggunakan keupayaan Osimhen di udara untuk bola yang tinggi.”

Setelah Osimhen menjumpai jaringannya, dia menanggalkan baju dan topeng muka pelindungnya sebagai perayaan.

Ini adalah kemenangan kesembilan berturut-turut Napoli dalam semua pertandingan. “

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai