[VIDEO] Gol Leret Deras Rashford Ke Atas PSG Yang Sensasi

Manchester United turun berdepan dengan PSG dalam aksi berlangsung di Paris.

Man United membuat perubahan formasi dengan sistem 5-3-2. Memberikan debut kepada Alex Telles.

PSG pastinya mahu membalas dendam kekalahan memeritkan mereka dalam pertemuan terakhir kedua dua pasukan, dua tahun yang lalu.

Di mana ketika itu Man United mara ke suku akhir menerusi gol penalti masa kecederaan Rashford, ketika PSG berkira kira mara ke pusingan seterusnya.

Pada masa itu Neymar tidak beraksi. Kali ini beliau berada dalam senarai pasukan.

PSGย  kali ini turun dengan 4-3-3. Menggandingkan Neymar-Mbappe-Di Maria di barisan serangan utama.

PSG melakukan beberapa siri serangan dan ancaman awal dalam perlawanan ini.

Namun Man United terlebih dahulu di hadapan menerusi penalti Bruno Fernandes. Penalti itu diberikan selepas Martial dijatuhkan Diallo.

Bruno awalnya terlepas penalti itu, namun retaken diberikan dan beliau tiada masalah untuk menyudahkannya pada kali kedua.

Pada separuh masa kedua, Martial pula menampan bola ke gawang sendiri.

Namun cerita paling sensasi adalah gol kemenangan Marcus Rashford pada minit ke-87.

Di mana beliau melakukan rembatan deras yang menyilang melintasi Keylor Navas. Tiada apa dapat dilakukan Navas. Hanyalah mengetahui malam itu mereka akan kalah.

Ianya seperti deja vu buat PSG. Di mana Rashford sekali lagi menghantui mereka. Daripada sekadar pemain muda sehinggalah dia hari ini memiliki pangkat MBE daripada ratu Inggeris.

United menang 2-1 di kota Paris. Malam yang akan diingati oleh peminat.

ย 

Baca yang lain