[VIDEO] Lihat Kylian Mbappe Koyak Di Pusat Latihan, Sepak Bola Sana Sini

Satu video menunjukkan Kylian Mbappe ketika berlatih dalam keadaan marah dan koyak ditularkan.

Tidak pasti sebab apa. Namun ianya mungkin ada kaitan dengan kekalahan terbaru PSG di tangan Lyon baru baru ini.

Juara bertahan Ligue 1 itu kalah 1-0 di tangan Lyon. Pada hari di mana penyokong PSG memutuskan untuk mensasarkan ejekan kepada Lionel Messi.

Dalam sesi latihan yang diadakan oleh PSG, Mbappe dilihat seperti kanak kanak yang tantrum menyepak bola daripada rakannya dengan sekuat hati.

Pemain pemain lain hanya mendiamkan diri melihat keadaan itu. Saksikan di sini:

Ianya musim yang agak mengecewakan buat PSG apabila disingkirkan daripada UCL pada peringkat 16 akhir. PSG adalah pasukan yang menjadikan UCL sebagai sasaran utama.

Berdasarkan saiz dan kualiti skuad yang mereka ada, pastinya mereka tidak membawa masuk Neymar, Messi dan Mbappe semata mata untuk Ligue 1.

Oleh sebab itu masa depan Christophe Galtier malah menjadi persoalan ketika ini selepas gagal melakukan tugas lebih baik di UCL.

Kylian Mbappe merupakan pemain penting dalam projek PSG bermula musim ini. Dalam kontrak baharunya mengiktiraf pemain itu sebagai teras kepada pembangunan bola sepak dari segi taktikal dan cita cita kelab itu.

Dianggap sebagai pemain muda paling berbakat di arena bola sepak untuk pemain seusia dengannya, Mbappe memang dikenali dengan sikapnya yang tegas dan tidak malu malu meluahkan teguran terbukanya.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah