[VIDEO] Lukaku Dapat Kad Merah Kerana Guna Keraian Gol Balas Ejekan Rasis

Pengurus Inter, Simone Inzaghi merasakan bahawa kad merah yang diterima oleh penyerang Romelu Lukaku pada perlawanan Coppa Italia menentang Juventus malam ini adalah kerana salah faham tentang sambutan pemain Belgium itu.

Peminat pula percaya, Lukaku meraikan dengan cara tersebut kerana membalas balik serangan rasis yang dia terima dalam perlawanan itu.

Bercakap kepada penyiar Itali, SportMediaset, pengurus berusia 46 tahun itu mempertahankan sambutan penyerangnya sebagai sesuatu yang normal untuk pemain itu, dan juga bertindak balas positif terhadap prestasi pasukannya dalam keputusan seri 1-1.

Keraian Lukaku itu dianggap pengadil sebagai ofensif ke arah penyokong dan menjadi pencetus kepada konfrontasi antara pemain.

Penyerang Nerazzurri, Lukaku menjaringkan gol penyamaan menerusi aksi terakhir pada masa kecederaan, dari sepakan penalti berikutan bola terkena tangan Bremer, dan pemain berusia 29 tahun itu meraikan gol dengan cara “mendiamkan orang ramai”.

Gerak isyarat pemain Belgium itu ditafsirkan sebagai provokasi kepada penyokong Bianconeri, dan oleh itu pengadil Davide Massa memberikan penyerang Nerazzurri itu kad kuning.

Memandangkan Lukaku telah pun dilayangkan kad kuning kerana melakukan terjahan ke atas pertahanan Juventus, Federico Gatti, dia dibuang padang pada masa kecederaan.

Ia telah mencetuskan pergaduhan besar antara pemain kedua dua pasukan. Kapten Inter, Samir Handanovic dan penjaring gol Juventus pada malam Juan Cuadrado juga dibuang padang kerana pertengkaran peribadi mereka sendiri.

Ditanya apa yang berlaku dari perspektifnya, jurulatih Inter, Inzaghi menjelaskan bahawa “Berkaitan keraian Lukaku, ia terdapat salah faham, kerana dia sentiasa meraikan gol dengan cara itu.”

“Malangnya, terdapat banyak kekeliruan selepas insiden itu, ia tidak pernah baik untuk dilihat, dan ini bermakna kami akan kehilangan dua pemain utama untuk perlawanan kedua iaitu Lukaku dan Handanovic,” sambung jurulatih itu.

Ditanya sama ada dia merasakan bahawa pasukannya telah menghasilkan reaksi yang baik terhadap prestasi buruk mereka baru-baru ini, Inzaghi menjawab “Sudah tentu, mereka menikmati perlawanan yang hebat.”

“Kami datang ke stadium tempat lawan yang sukar, menentang pasukan yang berprestasi, dan kami mengawal perlawanan hampir sepanjang sembilan puluh minit.”

Ditanya sama ada Lukaku kelihatan terkejut dengan kad kuning kedua itu, Inzaghi berkata “Ya, ia boleh dilihat.”

“Dari perspektif saya, saya melihat seorang pemain yang menjaringkan gol, meraikannya, dan kemudian tiba-tiba semuanya bermula,” tambahnya.

“Saya perlu berterus terang tentang ini, keraian itu dan kesannya, daripada pemain yang sentiasa meraikannya dengan cara itu, bermakna saya perlu menyelesaikan tugasan selepas ini tanpa dia, dan juga Handanovic, untuk perlawanan kedua.”

“Ia bukan jenis insiden yang sesiapa mahu lihat dalam perlawanan yang, sehingga minit ke-94, pengadil telah mengawal perlawanan dengan adil dan dijalankan dengan baik.”

Ramai percaya bahawa Lukaku telah memberikan respon kepada ejekan perkauman yang diterimanya daripada segelintir penyokong Juve.

Dan perkara itu disahkan oleh wartawan terkemuka Itali, Simone Togna.

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah