[VIDEO] Mbappe Dengan ‘Poyo’ Minta Ambil Penalti Kedua Dari Neymar Selepas Dia ‘Miss’ Pertama

Sebelum ini Neymar adalah pelaksana penalti yang utama untuk PSG. Namun dalam aksi Ligue 1 baru baru ini, Mbappe mengambil tugasan itu.

Neymar kemudian seolah olah mencari geruh apabila telah kantoi meletakkan tanda Like di post yang telah mengutuk Kylian Mbappe yang merupakan rakan sepasukan dan juga pemilik bersama PSG.

Post dari akaun media sosial yang mengecam Kylian Mbappe nyata telah menarik minat Neymar untuk mengetik butang Like.

Bukan satu Like yang diketik oleh Neymar tetapi beberapa Like telah diberikan Neymar kepada post yang mengutuk Kylian Mbappe.

Hantaran dari akaun Twitter itu berkisar kepada kegagalan bintang mega Perancis itu menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan PSG di depan mendahului Montpellier.

Like pertama Neymar hadir di akaun Twitter Portal Brazil yang menulis:

“Hari ini dalam perlawanan PSG, Neymar telah menjaringkan gol dan MEMALUKAN penjaga gol (sekali lagi) di sepakan penalti. Dalam pada itu Mbappe telah melakukan satu sepakan yang amat teruk dan gagal.”

“Selepas perlawanan, jurulatih telah berkata bahawa Mbappe akan menjadi penyepak penalti utama pasukan untuk musim ini. Ini tidak masuk akal.”

Selepas kegagalan Mbappe. PSG mendapat satu lagi sepakan penalti, Neymar telah bercakap cakap dengan Mbappe mungkin meminta izin dan berjaya menyempurnakan sepakan penalti.”

Kemudian media di Perancis mendedahkan bahawa, bukan Neymar yang meminta izin, sebaliknya Mbappe yang mahukan penalti kedua itu.

Sudah menjadi kebiasaan dalam bola sepak, apabila sesebuah pasukan ada lebih daripada seorang pelaksana penalti, apabila pelaksana yang pertama gagal, biasanya penalti berikutnya akan diambil pemain pelaksana kedua.

Dalam kes ini, oleh kerana Mbappe sudah disahkan menjadi pelaksana pertama, maka Neymar berhak untuk penalti kedua.

Namun Mbappe tanpa rasa hormat telah meminta penalti itu daripada Neymar. Dan Neymar enggan menyerahkannya, kerana ianya akan melanggar arahan teknikal pasukan.

Peminat tidak suka dengan apa yang mereka saksikan. Menurut mereka, walaupun Mbappe bintang no.1 di PSG, namun dia juga harus memikirkan nilai insan. Neymar dan Messi adalah 2 pemain seniornya. Dan dia seharusnya tidak bertindak melampau seperti itu.

Kemudian, Neymar mengetik Like di post dari akaun @Neymargiabr yang telah mencoret:

“Jelas ini sesuatu yang termaktub dalam kontrak kerana tiada kelab dalam dunia ini akan meletakkan Neymar sebagai pilihan kedua untuk sepakan penalti. tiada!!”

“Situasi ini jelas kerana kontrak, Mbappe adalah pemilik PSG!!”

Like Neymar itu seolah olah mengesahkan bahawa memang Mbappe diberikan tugasan mengambil sepakan penalti seperti mana termaktub di dalam kontraknya. Di mana pemain itu akan diberikan keutamaan dalam tugasan yang memberikannya peluang untuk menjaringkan gol.

Lebih lebih lagi Mbappe sudah menyatakan bahawa dia sekarang serius memikirkan mahu memenagi Ballon d’Or.

Peminat PSG sendiri risau sikap Mbappe ini akan menghancurkan keharmornian di antara penyerang utama mereka iaitu trio Neymar – Messi – Mbappe.
Dalam satu lagi insiden, Mbappe menunjukkan rasa tak puas hatinya dengan protes tak mahu berlari ketika serangan balas.

Mbappe berhenti berlari sebab Vitinha hantar kepada Messi

Kylian Mbappe kelihatan berhenti berlari semasa satu detik serangan balas Paris Saint-Germain dalam kemenangan 5-2 ke atas Montpellier Sabtu lalu dan peminat berang dengan tindakannya.
Juara Ligue 1 itu telah memulakan kempen dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan pertama di bawah pengurus baharu Christophe Galtier, menjaringkan 10 gol.

Mbappe membuka akaunnya untuk musim ini pada separuh masa kedua yang sedikit menebus kekecewaan pada babak pertama.

Ketika aksi 0-0 pada separuh masa pertama, dia gagal menyempurnakan penaltinya pada minit ke-23.

Kemudian berlaku detik di mana Mbappe dilihat menghentikan lariannya ketika pasukannya menyerang balas. Ianya gara gara rakannya tidak menghantar bola kepadanya.

Pemain tengah PSG Vitinha membawa bola keluar dari zon belakang dan mempunyai pilihan untuk menghantar kepada Mbappe di sebelah kiri atau Lionel Messi di sebelah kanan.

Vitinha memilih untuk melakukan beberapa sentuhan ekstra dan memberikan bola kepada Messi, yang menyaksikan Mbappe melemparkan tangannya ke udara dan terus tak nak berlari lagi kerana kecewa.

Pemain berusia 23 tahun itu boleh dilihat berkeliaran dan melenggang ketika PSG terus menyerang.

Achraf Hakimi akhirnya rembatan yang tersasar. Namun peminat sangat kecewa dengan Mbappe yang tidak terus belari dan masuk ke dalam kotak penalti sama ada untuk menerima bola pertama atau kedua di situ.

Klip insiden itu cepat tular di media sosial dan penyokong kecewa dengan sikap Mbappe.

Seorang peminta melabel, media Perancis selalu menganggap Neymar sebagai ego, tetapi melindungi Mbappe setiap kali. Dan kini pemain itu semakin besar kepala.

Tidak dinafikan dia seorang pemain yang hebat tetapi seorang peminat menambah: “Ini adalah sikap toksik, tidak baik.”

Ada juga yang menganggap Mbappe akan menghancurkan dirinya sendiri kalau terus dibuai dengan egonya. Mbappe mungkin merasakan bahawa dia adalah bintang utama di PSG ketika ini seperti yang dijanjikan di dalam kontraknya.

Lalu peminat berharap pengurus PSG melihat semula detik Mbappe berhenti berlari itu dan memberikan pemain itu amaran. Tetapi berani ke?

PSG mendahului selepas gol sendiri daripada Falaye Sacko dan mereka kemudian menemui jalan yang mereka cari untuk memenangi perlawanan itu.

Mereka memenangi satu lagi penalti, yang diambil oleh Neymar kali ini dan pemain sayap Brazil itu tidak melakukan kesilapan dari sepakan penalti.

Neymar meraih gol keduanya dalam perlawanan itu sejurus selepas separuh masa sebelum Montpellier membalasnya melalui Wahbi Khazri.

Mbappe mendapat golnya dan Renato Sanches membuka akaunnya selepas perpindahan musim panas dari Lille, sebelum Enzo Tchat meraih saguhati pada masa tambahan.

Baca yang lain