[VIDEO] Menyentuh Hati, Ini Sebenarnya Makna Keraian Gol Sadio Mane

Sadio Mane antara pemain yang tidak ada haters kerana sikapnya yang baik dan keperibadian terpuji.

Terbaru, Sadio Mane telah melakukan satu perkara yang sangat emosional. Di mana dia melakukan keraian untuk seorang peminat istimewa Liverpool dan juga kepada mendiang datuk peminat tersebut.

Liverpool mengganas di Selhurst Park. Sadio Mane menyumbang 1 assist dan 1 gol dalam perlawanan tersebut.

Ketika menjaringkan gol, Sadio Mane melakukan keraian khas.

Sebenarnya sebelum perlawanan, Sadio Mane telah membuat kejutan kepada seorang penyokong istimewa Liverpool yang rajin melakukan kerja kerja amal bernama Lee.

Lee merupakan peminat setia Sadio Mane dan mengetahui kesemua keraian Sadio Mane.

Mane kemudian menyatakan dia suka meniru keraian orang lain. Amboi sebelum ni percuma je Bobby dituduh copy ori keraian dia. Mane oh Mane.

Mane kemudian meminta Lee melakukan keraian di depannya dan dia akan cuba menirunya dalam perlawanan akan datang.

Lee kemudian mencium jarinya dan menujukkan ke atas langit.

Mane berjanji akan menujukan gol seterusnya beliau kepada Lee dan mendiang datuknya.

Sadio Mane benar benar menunaikan janjinya.

Lee sebelum itu dibawa menjelajah ke sekitar Anfield. Walaupun Sadio Mane tak dapat bersama pemain itu, namun dia terus menyertai mereka secara virtual.

Ini kerana peraturan EPL, pemain perlu berada dalam ‘bubble’ mereka sepanjang musim pandemik ini.

Dalam aksi berdepan Crystal Palace, Liverpool menang besar 7-0 ke atas pasukan yang dibimbing bekas pengurus mereka, Roy Hodgson.

Gol gol Liverpool adalah menerusi Takumi Minamino, Sadio Mane, Jordan Henderson, Mohamed Salah (2 gol), Roberto Firmino (2 gol).

 

Baca yang lain