[VIDEO] Pemain Arab B-23 Ini Melakukan Gol Dengan Backheel Flick Padu

Pasukan kebangsaan Arab Saudi B-23 memulakan kempen Piala Asia B-23 2022 dengan cemerlang sekali.

Mereka menang besar 5-0 ke atas pasukan Tajikistan dalam aksi yang berlangsung di Stadium Kelab Lokomotiv, Tashkent, Uzbekistan — pada 3 hari yang lalu.

Di mana terdapat satu momen, gol individu luar biasa berlaku dalam perlawanan ini.

Arab Saudi belasah Tajikistan

Arab Saudi ternyata tidak memberikan rasa belas kasihan ke atas lawan mereka itu.

Kemenangan tersebut meletakkan Arab Saudi menjadi pendahulu kumpulan D. Mereka berada di atas pasukan Jepun kerana pebezaan jaringan. Jepun mengalahkan pasukan UAE dengan skor 2-1.

Skuad muda Arab Saudi mendahului pada lewat separuh masa pertama menerusi Hamad Al Yami pada minit ke-42.

Gol tersebut menjadi perhatian ramai kerana ianya adalah momen individu yang sangat genuis dilakukan oleh Hamad Al Yami.

Dia telah melakukan flick dengan backheel untuk menjaringkan gol itu, refleks kepada percubaan rakannya yang menuju pada kakinya.

Saksikan detik itu di sini:

Para pemain Arab Saudi meraikan gol tersebut dengan kegirangan. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa gol itu bakal menjadi calon utama gol tercantik pertandingan pada kali ini.

Pada separuh masa kedua, Arab Saudi menambah 4 lagi gol.

Ayman Yahya menjaringkan gol kedua untuk pasukannya hanya selepas 4 minit perlawanan separuh masa kedua bersambung.

Dia mendapat manfaat daripada kelemahan pertahanan lawan yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Kemudian, pada minit ke-68 Arab Saudi berada 3 gol tanpa balas di hadapan apabila Haitham Asiri menambah 1 lagi gol.

Penjaga gol Tajikistan seharusnya melakukan lebih baik untuk menghalang bola tersebut daripada masuk. Malangnya dia menepis bola dan masuk ke dalam gawangnya.

Miteb Al-Harbi menjaringkan gol keempat dengan empat minit sebelum masa sebenar.

Dia melakukan leret yang melalui celah kaki penjaga gol.

Tidak terhenti di situ, Abdullah Radif menambah gol kelima dari sepakan penalti pada masa kecederaan.

Tamat perlawanan, Arab Saudi 5 Tajikistan 0. Kekalahan yang sangat perit ditelan oleh Tajikistan.

Aksi kedua pastinya ujian sebenar buat Arab Saudi kerana mereka akan bertemu  dengan Jepun.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid