[VIDEO] Peminat Pelik, Pengadil Tiup Wisel Foul Kerana Calvert Lewin Melompat Setinggi Ini

England mengadakan aksi pemanas badan sebelum Euro menentang Austria. Di mana gol tunggal Bukayo Saka menjadi titik pemisah dan kemenangan England.

Namun satu detik yang seharusnya menjadi ikonik telah bertukar menjadi faul di mata pengadil. Tidak tahulah kenapa perkara tersebut boleh berlaku.

Lebih malang Calvert Lewin dilayangkan kad kuning kerana perkara yang menurut pengadil satu kesalahan.

Dominic Calvert Lewin telah melompat sangat tinggi mengatasi pemain lawan, Aleksandar Dragovic. Malangnya dia pula yang dipersalahkan kerana foul. Atas kesalahan apa? Terpinga pingat penyokong England.

Foul tersebut adalah disebabkan lompatan Calvert Lewin ini. Anda lihat sendiri, Calvert Lewin tidak menunjukkan dia mengasari lawan dia. Sebaliknya lawan dia yang berdiri tegak – itu sebenarnya lagi bahaya kepada pemain yang sedang melompat.

Ramai yang berpendapat lompatan Calvert Lewin ini mungkin lebih tinggi daripada yang pernah dilakukan Ronaldo sebelum ini.

Peminat England kecewa dengan pengadil, kerana lompatan itu adalah bersih. Tetapi kenapa pengadil menganggap ia satu kesalahan.

Ada yang menganggap keputusan pengadil sebagai pelik.

Katie Whyatt pula berseloroh menganggap Dominic Calvert Lewin boleh beraksi dalam olimpik dengan kualiti lompatan seperti itu.

Satu spring yang kuat ketika Dominic Calvert Lewin melompat ke udara.

Calvert Lewin bangkit dalam kariernya dua musim kebelakangan ini. Terutama sekali selepas Ancelotti mengambil alih. Di mana pemain Everton itu menjaringkan 16 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Prestasi cemerlangnya dalam kancah EPL membuatkan beliau berjaya menarik perhatian Gareth Southgate.

Dan beliau turut berada dalam senarai 26 pemain yang akan mewakili England dalam aksi Euro 2020.

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai