[VIDEO] Penerjun Mendarat Atas Padang Ketika Perlawanan Berlangsung Dilayangkan Kad Kuning

Satu aksi bola sepak di Poland terganggu dengan cara yang agak aneh. Di mana ada penerjun payung melakukan pendaratan kecemasan tepat di tengah-tengah perlawanan.

Kejadian aneh dan kelakar itu berlaku ketika para pemain PISA Primavera Barczewo sedang melancarkan serangan di kawasan Elblag.

Namun aksi aksi divisyen lima Poland, terpaksa dihentikan seketika.

Penerjun itu kemudian memberikan penjelasan kepada pengadil kenapa dia terpaksa mendarat di situ.

Pengadil kemudian memutuskan untuk melayangkan kad kuning kepada penceroboh padang tersebut dengan pengadil sendiri geli hati.

Itu hukuman yang dianggap wajar kerana mengambil kira dia melakukan pendaratan kecemasan. Kalau tak boleh digantung daripada hadir ke stadium tu.

Permainan ini hanya disambung semula setelah penerjun itu mengemas payung terjunnya, dengan sedikit bantuan dari kakitangan dalam padang.

Dia kemudian keluar dari padang. Para pemain tergelak melihat keadaan tersebut. Pengulas perlawanan juga ketawa menyaksikan kejadian yang tidak dijangka jangka itu.

Saksikan insiden pelik itu di si

Olimpia memnang 6-3 dalam perlawanan tersebut.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid