[VIDEO] Pengadil Berikan Penalti Tak Masuk Akal Ini, Kini Dipenjara Dan Digantung 10 Tahun

Pengadil Serbia Srbjan Obradovic telah dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan larangan terlibat dalam bola sepak 10 tahun dari pengadil, setelah memberikan – dipercayai  ‘menjual’ – penalti  tiga tahun lalu.

Obradovic adalah pengadil perlawanan penting di antara Spartak Subotica dan Radnicki Nis di liga Serbia pada 2018, perlawanan yang dapat menentukan kelayakan Liga Europa.

Pengadil memberikan dua penalti kepada Subotica semasa permainan, yang kedua-duanya disempurnakan untuk kemenangan 2-0.

Rakaman dari permainan menunjukkan bahawa penalti kedua, dengan hanya berbaki 13 minit permainan diberikan tanpa alasan yang jelas.

Tidak ada permainan pelanggaran yang jelas dan tidak ada pemain Spartak yang meminta penalti, tetapi pengadil tiba tiba memberikan penalti dengan selambanya.

Sekarang pengadil tersebut telah dihukum, dengan jabatan anti rasuah Mahkamah Agung Novi Sad akhirnya menyiasat pengadil tersebut.

Menurut agensi berita Serbia – Tanjug, pengadil akan menghabiskan lebih dari satu tahun di alam penjara dan juga telah dilarang 10 tahun untuk melakukan sebarang aktiviti dengan FA Serbia.

Obradovic mendakwa bahawa dia telah melihat bola terkena tangan di dalam kotak penalti dan disokong oleh pembantunya, dan itulah sebabnya dia memberikan sepakan penalti.

Korang tengoklah sendiri di sini:

Pemain Nis Milan Pavkov, yang kini bermain untuk Red Star Belgrade, dibuang padang semasa perlawanan dengan dua kad kuning, dengan yang kedua hanya beberapa minit selepas yang pertama.

 

Baca yang lain