[VIDEO] Penjaga Gol Bahia Koyak Muka Ditapak Pemain Vasco

Penjaga gol Bahia, Douglas mengalami kecederaan ngeri di wajahnya selepas terkena tapak kasut lawan.

Douglas terpaksa menerima 5 jahitan di mukanya selepas terlibat dalam insiden ketika perlawanan menentang Vasco.

Ianya berlaku ketika Douglas cuba memenangi bola ketika situasi bola mati. Douglas meluru ke hadapan untuk mencabar pemain daripada pasuka Vasco Da Gama iaitu Leandro Castan.

Ketika bola dalam situasi 50-50, Castan mengangkat stud dan terkena muka penjaga gol tersebut dalam keadaan sangat laju dan impaknya sangat kuat.

Bola tersebut sampai ke rakan Castan yang menjaringkannya masuk.

Namun Douglas meronta ronta kesakitan di atas padang.

Rakan rakannya bergegas melihat keadaanya. Dan merena mengerumuni pengadil kerana menganggap gol itu tak sah.

Pengadil membatalkan gol tersebut dan melihat VAR sama ada Castan harus dilayangkan kad merah kerana permainan bahaya.

Pengadil memutuskan untuk membuang padang Leandro Castan kerana terjahana merbahaya. Saksikan detik ngeri itu di sini:

Di media sosial para peminat berkongsi gambar yang diambil tepat pada kedaan itu berlaku.

Ada yang menyatakan itulah nasib penjaga gol sepanjang perlawanan. Di mana mereka sentiasa berisiko berhadapan dengan situasi seperti itu.

Douglas terus dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Dan beliau kemudian memuat naik gambar menunjukkan wajahnya selepas menerima lima jahitan.

Perlawanan panas itu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid