[VIDEO] Saksikan Gol Lencongan Dari ‘First Time Shot’ Oleh Bailey Yang Memukau

Leon Bailey telah menjaringkan salah satu gol terbaik dalam aksi hujung minggu, ketika Bayer Leverkusen menentang Hoffenheim.

Di mana Leverkusen menang selesa 4-1 ke atas Hoffenheim di tempat sendiri.

Bailey menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-4. Dan ianya dilakukan menerusi satu lencongan ‘first time shot’ yang sangat cantik.

Bailey dan Nadiem Amiri bergandingan mencipta gol itu menerusi sepakan penjuru pendek.

Bailey kemudian melakukan lencongan ke far post yang tak mampu dijangkau oleh penjaga gol. Ramai berpendapat bahawa gol itu adalah gol tercantik untuk aksi bola sepak Eropah pada hujung minggu lalu.

 

Kemenangan untuk Leverkusen akan menyaksikan mereka naik ke puncak Bundesliga dengan 25 mata, satu mata di depan Bayern Munich.

Bailey dilaporkan sedang dipantau oleh sejumlah pasukan Liga Perdana pada pertengahan minggu, termasuk Everton, Tottenham Hotspur dan Manchester United.

 

Bailey menambah gol lagi pada minit ke-27. Sementara Christopher Baumgartner merapatkan jurang gol pada minit ke-50.

Leverkusen menambah dua lagi gol menerusi Florian Wirtz dan juga Lucas Alario masing masing pada minit ke-55 dan penalti masa kecederaan.

Bayer Leverkusen kehilangan Kai Havertz pada musim ini yang menyertai pasukan Chelsea. Namun mereka setakat ini berjaya menampung kehilangan pemain tersebut.

Leon Bailey turut cemerlang dalam kempen Liga Europa. Beliau membantu pasukannya mara ke pusingan kalah mati dengan rekod 5 gol dan dua assist.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah