Video: Satiananthan Tembak Mereka Yang Racist Guna Stereotaip ‘Kel*ng’

Semalam semuanya BOLA melaporkan bahawa jurulatih pasukan Selangor iaitu B Satiananthan telah menunjukkan kemarahan pada sidang media selepas perlawanan menentang pasukan Perak.

Satiananthan: Dah 62 Tahun Merdeka, Salahkah Saya Letak Pemain ‘Kel*ng’?

Mana beliau tidak marah apabila ada pemain yang berbangsa India di dalam pasukannya diserang dengan stereotaip perkauman oleh segelintir penyokong yang racist.

B Satiananthan mempersoalkan apa motif untuk menyerang pemain dengan streotaip Kel*ing yang biasanya digunakan untuk merendah-rendahkan orang India.

Beliau juga mengingatkan mereka ini bahawa dahulu ketika era kegemilangan pasukan Selangor, mereka berjaya walaupun ramai pemain yang berbangsa India dan Cina bermain bersama-sama dengan Melayu.

Malah beliau juga menyatakan bahawa ketika di Kelantan beliau memiliki pemain berbangsa India dan regular di dalam pasukan Kelantan dan mereka telah berjaya menjadi Juara.

B Satiananthan menganggap mereka yang racist ini sebagai bodoh dan seperti orang tidak sekolah.

Sehinggakan pemain yang berbangsa India di dalam pasukan Selangor tertekan dan takut untuk masuk ke dalam padang kerana memikirkan serangan perkauman yang diterima mereka di media sosial.

B Satiananthan menegaskan bahawa pemilihan pemain oleh beliau tidak sesekali memikirkan soal kaum ataupun warna kulit.

Sebaliknya ianya adalah berdasarkan pilihan yang beliau ada demi pasukan.

Lalu B Satiananthan mahu tahu apakah agenda serangan berbentuk perkauman tersebut ditujukan kepada pemain berbangsa India.

Beliau juga dapat merasakan bahawa layanan kepada pemain berbangsa lain apabila melakukan kesalahan dalam double standard.

Misalnya apabila pemain import melakukan kesalahan, mereka tidak dihentam seteruk pemain berbangsa India.

Anda semua boleh tengok video sidang media beliau di bawah ini:

Dalam perlawanan liga tersebut pasukan Selangor terikat dengan pasukan Perak. Perlawanan tersebut berlangsung di stadium nasional Bukit Jalil.

Ini kerana masih ada isu-isu berkaitan dengan jaminan keselamatan di stadium Shah Alam.

Berbalik pada isu perkauman yang melanda, ianya memang sesuatu yang teruk dan tidak boleh diterima.

Diharap mereka yang menggunakan perkataan-perkataan yang ofensif berbentuk perkauman ini dikenakan tindakan yang tegas.

Bola sepak itu adalah sukan. Dan salah satu daripada tujuan utama sukan adalah untuk menyatukan semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

Di dalam bola sepak, sudah menjadi kebiasaan apabila tidak mendapat keputusan yang baik penyokong akan kecewa dan meroyan. Tidak ada masalah untuk meluahkan kekecewaan walaupun menerusi media sosial.

Nama pun manusia yang ada emosi dan passion kepada pasukan mereka sayang.

Namun luahan kekecewaan itu seharusnya ada sama sekali unsur perkauman yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum, yang turut menjadi tunjang kekuatan negara kita sekian lama.

Dengan ini saya menyatakan sokongan saya kepada coach B Satiananthan dalam isu ini.

Baca yang lain