[VIDEO] ‘Teamgoal’ Dengan 33 ‘Passes’ Disudahkan Cristiano Ronaldo Dari Lensa ‘Tactical Camera’

Kita semua sukakan teamgoal. Kerana ianya adalah gol yang dibina secara berpasukan. Dalam aksi di antara Portugal dan Hungary perlawanan menjadi dramati pada 6 minit terakhir. Di mana Portugal berjaya menjaringkan 3 gol termasuk 1 pada masa kecederaan.

Paling menarik adalah gol kedua Portugal yang dibina menerusi 33 hantaran oleh pemain pemain mereka.

Apa yang dapat diperhatikan adalah cara Portugal menggerakkan bola dan pemain mereka.

Mereka menarik keluar pemain lawan daripada blok pertahanan dan melakukan beberapa hantara menusuk / penetrative passes untuk memecahkannya.

Ketika pertahanan lawan berkumpul semula, Portugal akan berpatah balik dan memulakannya semula. Intensiti, fluiditi dan kreativiti serta visi menjadi asas kepada gerakan berpasukan ini.

Lebih memuaskan apabila ianya adalah gol pada masa kecederaan untuk gol ketiga Portugal. Saksikan sudut pandangan daripada kamera taktikal ini.

Kamera taktikal adalah kamera yang biasanya diletakkan di hujung padang untuk melihat taktikal pasukan lawan. Ada beberapa penyiar akan meletakkan kamera mereka di ruang khas atas kebenaran penganjur.

Agak menarik juga pemain berusia 36 tahun, Cristiano Ronaldo membuktikan kenapa dia atlet yang luar biasa. Beliau terlibat aktif dalam gerakan itu dengan berlari ke merata tempat untuk mencipta dan mencari ruang.

Maka tak sia sialah Ronaldo mengajak orang minum air kosong bukannya coca cola untuk jaga badan, sebelum aksi semalam. Ronaldo masih boleh berlari dan fizikalnya sangat baik walaupun sudah lebih sejam setengah di atas padang.

Sebelum gol tersebut, Portugal memecah kebuntuan lewat menerusi Raphael Guerreiro pada minit ke-84.

Ronaldo kemudian menyempurnakan penalti pada minit ke-87.

Ronaldo menambah gol keduanya dalam aksi ini untuk terus mengejar rekod gol antarabangsa oleh Ali Daie.

Ronaldo kini menjadi pemain pertama bermain dalam 5 edisi Euro. Dan yang pertama menjaringkan gol dalam kesemua 5 edisi Euro.

Beliau kini hanya dibezakan dengan 3 gol daripada rekod gol antarabangsa Ali Daie.

Hanya menunggu masa sahaja Ronaldo akan menjadi penjaring gol antarabangsa terbanyak sepanjang zaman.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai