‘Virus Ini Tak Kenal Kluster Kayangan Atau Sebaliknya’

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelar geng kayangan / golongan elit yang biadap dan mengasari petugas barisan hadapan.

Sudah beberapa orang doktor mengadu tentang perangai ‘kluster kayangan’ ini yang susah memberikan kerjasama dan sombong.

Menurut perkongsian tersebut, mereka sangat berbeza dengan kluster jemaah tabligh sebelum ini yang memberikan kerjasama dan sopan.

Lantas Datuk Seri Ismail Sabri mengingatkan bahawa wabak koronavirus tidak mengenal darjat dan kekayaan yang ada pada seseorang.

Petugas kesihatan hanya menjalankan tanggungjawab mereka seperti biasa.

Ismail Sabri berkata: “COVID-19 tidak kenal dari kayangan atau dari bumi. Tidak ada siapa yang boleh dibezakan oleh Covid-19.”

“Kalau mereka kaya raya pun, tidak terkecuali daripada dijangkiti.”

Datuk Seri Ismail Sabri juga menyatakan ‘kluster kayangan’ ini tertakluk kepada undang undang menghalang penjawat awam daripada membuat kerja.

Datuk Seri Ismail Sabri kecewa dengan sikap segelintir mereka ini yang biadap dan memaki hamun petugas kesihatan terutama sekali doktor yang menjalankan tugas.

Dengan nada sinis, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap mereka yang merasakan diri tinggi darjat sosialnya itu agar tinggilah juga ketamadunan mereka.

“Saya haraplah mereka yang berkedudukan tinggi itu lebih bertamadun daripada orang lain.”

“Berikan kerjasama kepada petugas barisan hadapan terutama doktor, jururawat yang terbabit kerana seperti yang saya katakan, kedudukan tinggi tidak menjamin mereka terselamat daripada Covid-19,” katanya lagi.

Seterusnya, beliau juga kecewa dengan penularan banyak berita palsu di media sosial. Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Terbaru, tular satu video kononnya rakyat Malaysia yang pulang dari Singapura telah merempuh Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bharu.

Beliau mengesahkan bahawa pihak polis sudah pun mengenal pasti individu terbabit dan tindakan akan diambil.

Ismail Sabri berkata, setakat ini PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah membuka 207 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19 dengan 23 daripadanya kes sudah didakwa di mahkamah.

Baca juga:

COVID-19: 5 Kematian Kerana Kluster Dari Itali, KKM Mahu Semua Transparen

‘Kami Bukan Anjing’ — Doktor Dedahkan Beza Akhlak Jemaah Tabligh Dengan Mereka Yang ‘Turun Dari Kayangan’

 

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali