Walaupun Tewas, Kemuliaan Hati Alisson Bantu Kempen Kebajikan Foster Buat Ramai Terharu

Liverpool tewas mengejut di tangan Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada minggu lalu. Di mana pasukan Jurgen Klopp itu dikejutkan dengan skor 3-0.

2 gol oleh Ismaila Sarr dan satu gol daripada Troy Deeney membuatkan Liverpool berputih mata di Vicarage Road.

Kemenangan Watford itu juga membolehkan pasukan mereka menghidupkan lagi harapan untuk terus kekal dalam Liga Perdana Inggeris.

Ia kemenangan yang dianggap sensasi kerana Liverpool sedang berada dalam prestasi terbaik.

Namun setiap yang bermula pasti akan berakhir. Liverpool sudah mencatatkan 18 kemenangan berturut-turut. Menyamai rekod Man City di bawah Guardiola.

Hanya Bayern Munich di bawah kendalian Guardiola yang mencatatkan kemenangan berturut-turut lebih banyak dengan 19.

Walaupun tewas, Alisson Becker tetap mengenepikan soal kecewa dan perseteruan dengan lawannya, demi perkara yang lain yang lebih penting daripada bola sepak.

Sebaliknya penjaga gol Liverpool itu telah pergi ke arah Ben Foster lalu menyerahkan jersi yang dipakainya ataupun match worn kepada penjaga gol Watford tersebut.

Jersi match worn Ni harganya lagi keras kalau dijual.

Alisson memberitahu Ben Foster, beliau mahu membantu kempen kebajikan yang dilancarkan bekas penjaga gol Manchester United itu. Dan berharap dapat membantunya dengan penjualan jersi terpakai tersebut.

Ben Foster telah melelong jersi yang sudah dipakai oleh Alisson itu di Instagram dan Twitter beliau. Foster menyatakan, bidaan tertinggi akan memiliki jersi itu.

Wang itu akan disalurkan kepada badan amal Cure Leukaemia.

“Jadi, legenda iaitu Alisson Becker telah memberikan saya jersi yang beliau pakai ini pada Sabtu lalu untuk meraih dana bagi Cure Leukaemia sekali lagi.”

Beliau memberikan emoji menyatakan penghargaan dan terima kasihnya.

“Siapa pembida yang paling tinggi akan memiliki jersi ini. Jadi sesiapa yang serius berminat, sila terus berhubung dengan saya di Instagram ataupun pada bahagian reply di sini.”

Ben Foster sudah lama mengumpul jersi match worn pass pemain bintang untuk dijual dan disalurkan kepada badan kebajikan.

Ternyata ramai yang terharu dan menganggap tindakan Alisson itu sebagai kelas dunia.

Inilah bila sepak sebenar. Bukan sekadar sukan. Ianya adalah lebih daripada itu.

Alisson memang banyak melakukan kerja amal bersama isterinya Dr Natalia Lowe Becker yang dilantik menjadi duta WHO.

Di atas padang, Alisson Becker merupakan penjaga gol terbaik dunia FIFA dan Anugerah Yashin 2019. Ini selepas beliau membantu Liverpool menjuarai UCL dan membantu Brazil menjuarai Copa America.

Alisson kini sedang berusaha untuk membantu Liverpool menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool pada ketika ini, masih lagi berada di Puncak juga dengan perbezaan 22 mata daripada Manchester City dalam carta Liga Perancis Inggeris.

Kekalahan di tangan Watford pada minggu lalu merupakan yang pertama di pada musim ini, dan kekalahan yang pertama selepas 44 perlawanan.

Alisson menyertai Liverpool daripada AS Roma dengan perpindahan sekitar £65 juta. Rekod dunia untuk penjaga gol ketika itu. Namun selepas itu dipecahkan oleh Kepa Arrizabalaga ke Chelsea.

Baca yang lain