Wanita Ini Ditembak Dengan Peluru Getah Kerana Protes Tak Nak Kongsi Spa Dengan Trans

Polis LA melepaskan tembakan peluru getah ke arah seorang penunjuk perasaan. Tunjuk perasaan anti trans berlarutan di LA selepas pejuang L G B T meminta agar transgender dibenarkan menggunakan spa wanita.

Sebenarnya protes kepada perkara itu sudah berlarutan selama dua minggu.

Sebelum ini beberapa fasiliti wanita lain sudah dikongsi bersama dengan trans ini tadi. Ini termasuk tandas wanita jika di kawasan tersebut tidak ada menyediakan tandas u n i s e x.

LA menjadi antara bandar yang mulai mengamalkan polisi trans-inklusif. Di mana trans dibenarkan menggunakan fasiliti wanita secara sah berbanding sebelum ini ada beberapa tempat mengenakan larangan perkongsian tersebut.

Beberapa orang wanita dilihat berterusan membantah peraturan baharu itu di hadapan Wi Spa terletak di Koreatown.

Spa tersebut antara Spa pertama yang membenarkan trans menggunakan Spa wanita. Ini kerana peraturan baharu telah mengiktiraf transgender sebagai sama seperti wanita sebenar.

Namun pihak penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi dan meminta agar spa tersebut diboikot dengan menaikkan plakad ‘lindungi ruang wanita’ dan juga : ‘Ianya teruk berada di bawah tempat wanita’. Merujuk kepada perasaan tidak selesa berkongsi fasiliti dengan trans yang lahir sebagai lelaki.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila polis melepaskan tembakan ke arah seorang wanita di bahagian dadanya dari jarak dekat. Ini selepas wanita itu meminta polis LAPD menurunkkan senjata mereka.

Tembakan itu membuatkan wanita itu tersungkur menahan kesakitan.

Pejuang  hak trans, Amber Hooper dan Chloe, datang menyaksikan sendiri tunjuk perasaan itu dan berkata: “Sangat kecewa melihat mereka yang bercakap soal undang undang tetapi mereka melanggar undang undang yang melindungi hak trans. Trans juga manusia yang ada hak asasi.”

 

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid