Wanita Ini Terharu Kejujuran Peniaga Kedai Kecil Kembalikan Bagasinya Selepas 3 Tahun

Seorang wanita Pakistan berkongsi kisah paling menyentuh hati tentang pertemuannya semula dengan beg bagasinya selepas tiga tahun kehilangannya di lapangan terbang.

Bagaimana semuanya bermula.

Seorang wanita bernama Khadija M, dari Lahore berkongsi kisahnya dalam bebenang Twitter. Dia bermula dengan menyebut bagaimana dia kehilangan beg komputer ribanya di lapangan terbang Islamabad selepas penerbangan yang meletihkan pada 2018.

“Dalam tu ada iPad saya, kindle dan cakera keras [hard disk]. Cakera keras mempunyai semua sandaran untuk telefon saya. Saya sangat kecewa tetapi saya dah melupakannya.”

Selepas tiga tahun pada 2021 apabila Khadija yang ketika itu sudah benar-benar melupakan kejadian itu dan membeli Kindle serta tablet baharu, dia menerima panggilan daripada pemilik kedai bergerak di Jhelum, mengatakan bahawa dia ada menyimpan barangnya.

Pada mulanya, Khadija tidak faham apa yang lelaki itu cuba katakan, tetapi kemudian dia teringat begnya yang hilang.

Dia menulis, “Dia menghantar saya gambar kandungan beg itu dan sudah pasti, ia adalah barangan saya. Sama sekali dengan ketika saya meninggalkannya di dalam beg itu. Termasuk cermin mata hitam saya dan buku nota dengan coretan saya di dalamnya.”

Ternyata pemilik kedai itu mendapat tahu bahawa seseorang yang menjual gajet kepadanya adalah bukan pemilik sebenar barangan itu. Sebaliknya itu adalah barangan curi. Ini selepas dia membelek belek barang dalam beg tersebut.

Dia berasa simpati dengan orang yang kehilangan beg tersebut. Walaupun dia sudah mengeluarkan wang untuk membeli kesemua barang di dalam beg itu.

Pemilik kedai mudah alih memutuskan untuk menyimpan beg itu mencari cara untuk menghubungi pemilik asal. Akhirnya dia menemui caranya.

Wanuta itu menambah: “Dia mengakses menerusi cakera keras saya untuk mencari jalan untuk menghubungi saya.”

Khadija berkata lagi: “Folder sandaran saya mempunyai tangkapan skrin rawak sepenuhnya perbualan antara saya dan rakan sebilik saya. Nombornya ditunjukkan di bahagian atas jadi dia menghubunginya untuk mendapatkan maklumat untuk menghubungi saya.”

Abangnya memandu sehingga ke Jhelum untuk mengambil barangnya dan mengucapkan terima kasih kepada pemilik kedai bergerak itu yang tinggal di sebuah kampung kecil. Khadija berkata bahawa kedai bergerak itu agak kecil, tetapi dia melakukan segala-galanya untuk mengembalikan barang-barangnya kepadanya.

“Saya kagum dengan kejujuran dan integriti lelaki itu tetapi juga betapa peliknya keseluruhan situasi itu. Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan dapat kembali barangan itu di negara ini [Pakistan]. Tetapi perkara yang sihat masih berlaku di semua tempat yang tidak dijangka. Dan saya hidup ini dipenuhi dengan peristiwa yang bermanfaat,” katanya mengakhiri ciapan tersebut.

Baca yang lain