Warga Emas Kahwin 16, 151 Anak, Teruskan Misi Cari 100 Isteri Demi Membantu Negaranya Zimbabwe

Seorang warga emas di Zimbabwe telah mengahwini 16 orang isteri dan memiliki 151 orang anak. Dia menyatakan berbuat demikian demi untuk membantu meningkatkan populasi di negaranya.

151 orang anak itu boleh digunakan membentuk 14 pasukan bola sepak.

Warga emas yang berusia 66 tahun itu bernama Mishek Nyandoro, sudah memulakan projek yang dia sendiri gelar sebagai projek poligami sejak 38 tahun lalu.

Walaupun sudah semakin tua, semangatnya tetap masih membara untuk mencari isteri yang baru. Lelaki berusia 66 tahun itu merungut kerana dia sekarang berdepan kesukaran untuk menambah isteri. Tetapi masih tidak berputus asa. Dia sedang mencari isteri ke-17 di dalam projeknya.

Ditanya sama ada dia berhadapan dengan masalah kewangan dengan keluarga yang sangat besar. Mishek menepis kenyataan tersebut, dia malah menyatakan mendapat manfaat daripada keluarga besarnya.

Mishek menyatakan hidup dia senang kerana anak anaknya yang ramai dah bekerja dan memberikannya wang serta hadiah setiap bulan.

“Anak anak saya memberikan perbelanjaan kepada saya. Saya berterusan menerima wang dan hadiah daripada anak anak saya termasuk anak anak tiri saya.”

Sementara isteri isterinya sentiasa menyayanginya dan mencuci baju, memasak serta menunaikan banyak lagi kehendaknya. Mishek seorang yang cerewet. Para isterinya akan cuba sedaya upaya memenangi hatinya dengan mempamerkan bakat masakan mereka setiap hari kepadanya.

Dan jika tak sedap, makanan itu akan dibuang ke tong sampah dan mereka tidak boleh merajuk atau kecil hati. Boleh cuba lagi pada kesempatan lain.

“Kesemua isteri saya memasak untuk saya setiap hari. Namun saya ada peraturan, saya hanya akan makan, makanan yang paling sedap mereka masak. Jika ada yang masa tak sedap, saya akan buang terus,” kata Mishek.

Mishek berkata dia sebenarnya mahu mengahwini 100 orang isteri dan mahu memiliki 1,000 orang anak. Tetapi dengan kekangan usianya yang sudah 66 tahun, mungkin hasratnya itu sukar dicapai.

Mishek merupakan pesara tentera yang pernah berperang di Zimbabwe. Selepas bersara Mishek menegaskan dia tidak pernah bekerja dan pekerjaan sepenuh masanya hanyalah memuaskan para isterinya.

Mishek berkata: “Apa yang sedang saya lakukan di sini adalah mahu menyempurnakan projek saya. Projek poligami ini saya dah mulakan sejak 1983 lagi dan saya tidak akan berhenti sehinggalah saya mati.”

“Saya sekarang sedang merancang untuk berkahwin dengan isteri ke-17. Dengan majlis perkahwinan dijangka akan berlangsung hujung tahun ini.”

Tentang perihal jadual tidur dengan isterinya, dia sudah menyusun jadual. Oleh kerana isterinya ramai sangat. Maka mereka akan bersama dengan Nyandoro secara berkumpulan macam Piala Malaysia. Ada 4 orang dalam satu kumpulan daripada 16 orang isteri.

“Saya tidur ikut jadual khas yang saya buat. Saya kemudian memuaskan isteri isteri saya dan kemudian pergi ke blik lain. Itulah kerja saya setiap hari. Tak ada kerja lain.”

“Saya perlu berperwatakan berbeza dalam setiap bilik tidur sesuai dengan usia isteri saya. Saya tak boleh bersikap sebagai orang muda ketika tidur dengan mereka yang lebih berusia.”

Namun Nyandoro menyatakan dia sekarang masih cuba mencari formula dengan isteri isteri mudanya. Kerana mereka menurutnya macam tak begitu berminat menjalinkan kemesraan dengannya.

Tetapi Mishek Nyandoro menyatakan kesemua isterinya hidup bahagia dengannya. Dan untuk isteri ke-17, dia mahu berkahwin dengan wanita yang lebih muda daripada isteri paling muda dia sekarang dan lebih seksi katanya.

Kisah lelaki Siam ada 120 isteri

Mungkin Nyandoro menjadikan seorang lelaki kaya di Thailand ini sebagai inspirasinya. Di mana lelaki Thai tersebut mengakui dirinya adalah milik kepada 120 Isterinya

Isterinya duduk bertebaran di pelbagai bandar di Thailand.

Lelaki itu bernama Tambon Prasert, bekerja sebagai kontraktor dan mengatakan bahawa dia selalu berkahwin di kawasan dia dapat kontrak projek membina rumah.

Maklumat ini disahkan oleh Tambon sendiri. Dan dia juga mengakui mempunyai 28 anak.

“Paling tepat, saya mempunyai 120 isteri, 28 anak.”

Tambon mengatakan bahawa semua isterinya saling mengenali antara satu sama lain, tetapi tetap menerima dan menyayanginya.

Tambon Prasert adalah Ketua Daerah di Phromnee, di wilayah Nakorn Nayok, Thailand, kira-kira 90 km dari Bangkok.

Selain karier politiknya, Tambon juga merupakan usahawan pembinaan yang cukup berjaya. Tambon menyatakan bahawa beliau memang suka berkahwin.

Dan dia sudah memulakan hobinya itu sejak berkahwin perkahwinan pertama pada usia 17 tahun.

Dia kemudian bertekad untuk meneruskan lagi hobinya itu.

Isteri pertamanya berumur 1-2 tahun lebih muda daripadanya dan mereka kini sudah mempunyai tiga orang anak.

Selepas perkahwinan dengan isteri pertamanya, dia terus menikahi wanita yang lebih muda.

Tambon mengatakan bahawa dia tidak menyukai wanita yang lebih tua kerana mereka suka membebel dan suka bertengkar.

“Perkahwinan pertama saya adalah ketika saya berumur 17 tahun. Isteri pertama saya 1-2 tahun lebih muda dari saya dan kami mempunyai 3 orang anak bersama.”

“Selepas itu, saya terus mendapat lebih banyak isteri.”

“Isteri saya yang lain, kebanyakan mereka adalah wanita muda dan berumur 20- Saya tidak suka wanita yang lebih tua kerana mereka terlalu leceh dan suka bertengkar.”

Semasa dia dewasa, Tambon memulakan perniagaan pembinaannya sendiri.

Dia juga mengatakan bahawa dia selalu berkahwin dengan seorang wanita di setiap tempat yang dia kunjungi, selalunya atas alasan kerja.

“Saya adalah kontraktor pembinaan. Setiap kali saya membina rumah, saya akan berkahwin di sana. Saya sayang mereka semua dan mereka semua menyayangi saya juga”.

Tambon mengatakan bahawa setiap kali dia berkahwin dia selalu memberitahu isteri barunya bahawa dia mempunyai ramai isteri.

Di samping itu, dia selalu meminta izin dari semua isteri lamanya dan selalunya mereka bersetuju.

Kalau tak setuju maka dia tak jadi kahwin. Jadi setakat ini kira kira 120 isterinya itu mendapat mandat penuh.

Dari 120 isteri Tambon, 22 orang tinggal di kawasan yang sama dengan dia di daerah Phromnee, dan selebihnya tersebar di seluruh negara.

Semua isterinya berkahwin secara sah dan mengikut adat. Oleh itu dia tidak pernah ada isu dengan isterinya ataupun dengan pihak lain.

Dia juga dapat menyara semua isteri dan anak-anaknya dengan baik kerana dia ada wang yang cukup.

Memang meriah grup wassap keluarga mereka ni. Tunggu ahli baru masuk pun ada juga tu.

Baca yang lain