West Ham Janji Jual Rice Jika Arsenal Atau City Lock Barey £120 Juta, Tapak £100 Juta, Tapi Bersyarat

West Ham United sebelum ini menolak 2 bidaan Arsenal untuk mendapatkan Declan Rice.

Arsenal akan kehilangan Granit Xhaka dan sedia menjual Thomas Partey ke Arab Saudi. Bermakna ada kekosongan yang besar harus diisi di bahagian tengah.

Declan Rice menjadi keutamaan ARSENAL sejak awal jendela perpindahan dibuka. Namun kesepakatan harga sentiasa menjadi masalah.

Dan mereka kini menjangkakan persaingan daripada Man City yang melakukan bidaan rasmi selepas kelab juara Inggeris itu menyatakan keinginan mendapatkan Rice.

City sedia membida jumlah sama dengan bidaan Arsenal £90 juta. Dangan asas £75 juta manakala baki £15 juta adalah bonus tambahan.

Struktur yang sama ditawarkan Arsenal. Namun West Ham percaya bonus Man City lebih realisitik dicapai berbanding Arsenal.

Arsenal dalam rundingan ini sudah berminggu minggu lamanya, dan mengabaikan terlebih dahulu proses mendapatkan pemain lain.

Misalnya, mereka berminat mendapatkan Moises Caicedo, tetapi Arsenal menetapkan bahawa, mereka hanya akan beralih ke sasaran lain apabila rundingan dengan Rice sudah selesai.

Declan Rice juga dilaporkan tiada masalah untuk menerima tawaran terma peribadi dikemukakan Arsenal. Dia benar benar mahu menyertai kelab yang berpangkalan di Utara London itu.

Namun dengan adanya persaingan daripada Manchester City, Rice mungkin akan tertarik untuk bekerjasama dengan Pep Guardiola.

City sedia mendapatkan Rice dan memulakan proses pembelian jika pemain itu memberikan lampu hijau. City tak nak membuang masa untuk pemain yang tidak mahu bermain di bawah Guardiola.

Dengan City menjelaskan bahawa, di City mereka tidak menjanjikan minit permainan yang banyak kerana akan berlaku persaingan untuk semua pemain. Ditambah dengan kecenderungan Guardiola untuk merotasi skuad.

Rice dikatakan setuju dengan syarat itu. Dan City yakin akan dapat membeli Rice dengan pakej mereka tawarkan. Tiada pemain akan disertakan seperti dilaporkan sebelum ini.

City mahukan Rice datang dengan bayaran ansuran 2 kali.

David Ornstein melaporkan bahawa, Man City benar benar serius mahu merampas Declan Rice daripada menyertai Arsenal.

City baru kehilangan Ilkay Gundogan. Dan mereka sedang dalam proses mendapatkan Matteo Kovacic dari Chelsea.

David Ornstein menegaskan bahawa ketika ini harus diakui bahawa Man City berkelebihan untuk mendapatkan Rice dengan kuasa wang dan kekuatan pasukan mereka ada.

West Ham sedar bahawa berlaku perang bidaan antara Arsenal dengan Man City.

Dan kelab itu menyatakan bahawa mereka hanya akan melayan bidaan pada paras £100 juta berbanding sebelum ini di mana West Ham sedia mempertimbangkan bidaan £90 juta daripada kedua dua pasukan.

Arsenal sedang menyiapkan bidaan ketiga. Namun kem Arsenal masih merasakan bahawa mereka tidak akan menawarkan £100 juta untuk pemain itu. Tetapi bidaan ketiga itu akan semakin hampir dengan tanda harga £100 juta. Mereka yakin West Ham akan setuju dengan tawaran ketiga itu.

Seterusnya West Ham berjanji kepada Arsenal bahawa mereka akan menunaikan janji mereka melepaskan Rice jika Arsenal atau Man City membayar £120 juta untuk pemain itu.

Mereka juga mempertimbangkan tawaran daripada kelab lain jika ada. Dengan syarat pasukan itu harus bermain di UCL. Ini kerana West Ham tidak mahu Rice menjadi seteru mereka di UEL kelak.

Angka itu £20 juta lebih besar daripada demand asal diletakkan West Ham sebelum ini.

Jika Arsenal dan Man City mahu menawarkan pakej £100 juta, West Ham sedia menerima dengan syarat ada pemain yang disertakan dalam transaksi itu.

Nampaknya harga Declan Rice kini sudah naik sekali lagi, gara gara Man City menyertai persaingan mendapatkan pemain itu.

Man City dilaporkan sedia mempertimbangkan untuk menawarkan £100 juta dengan £20 juta lagi dalam bentuk bonus.

Sama sama kita nantikan cerita Nasi ini.

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah