Jack Wilshere membuka sesi soal jawab di Twitter. Dan ianya telah mendapat sambutan luar biasa. Seorang peminat bertanya:
“Perlawanan menentang Barcelona pada 2011 di Emirates, siapa yang memberikan kamu pelajaran paling berguna? Iniesta, Xavi, Busquets atau lain lain?
The game against Barcelona in 2011 at the Emirates, who did you learn the most off? Iniesta, Xavi, busquets etc. #askwilsh
— Carl Tempest (@CarlTempest94) January 22, 2021
Jack Wilshere kemudian menjawab:
“Tak belajar banyak sangat pun, mereka kesemua berada di dalam poket saya sepanjang mana [emoji gelak keluar air mata].”
Couldn't learn much, they all spent the night in my pocket 🤣🤣 https://t.co/HfmnNdZeVB
— Jack Wilshere (@JackWilshere) January 22, 2021
Komen Wilshere itu mendapat reaksi berbeza daripada peminat. Ada yang anggap ia kelakar. Ada juga yang triggered dengan komen tersebut.
Imbas kembali detik 2011 tersebut. Memang Arsenal power masa tu. Di mana mereka menurunkan pasukan muda yang sangat berbakat seperti Van Persie, Nasri, Arshavin, Fabregas, Wilshere dan lain lain.
🗓 #OnThisDay in 2011…
🌟 THAT magical night at Emirates Stadium 😍 pic.twitter.com/qFy5iKhrcp
— Arsenal (@Arsenal) February 16, 2019
Sebelum ini dalam satu podcast London Lockdonw, Wilshere berkata: “Saya tak sangka saya akan bermain sebaik itu.”
“Rasanya saya melakukannya dengan baik. Ketika masuk bilik rehat separuh masa, saya rasa saya telah melakukan beberapa perkara hebat separuh masa pertama dan merasakan mereka [Barca] telah didominasi.”
“Mereka adalah pasukan yang membuatkan kamu terasa kamu berlari di bulatan tanpa sebarang sebab. Mereka melakukan beberapa hantaran pendek di padang, dan kamu harus menunggu sambil keliru sama ada nak menekan atapun turun ke bawah menunggu mereka menyerang.”
“Namun tidak dalam perlawanan itu, yang saya sedari bahawa saya telah bermain baik. Paul Akers – kitman kami berkata, ‘Kamu menyimpam Xavi dan Iniesta dalam poket kamu’. Saya kata, tak mungkinlah.”
“Dia tak setuju dengan saya dan malam itu saya mendapat anugerah pemain terbaik perlawanan.”
Pada 2015, Xavi mengenang kembali detik Wilshere ‘berhantu’ dalam aksi 2011 tersebut.
“Wilshere bermain luar biasa sekali menentang kami pada 2011. Jangan lupa, masa tu dia cuma berusia 20 atau 21 tahun. Malangnya dia selalu cedera dan bertahun tahun masanya terbuang [kerana kecederaan].”
Wilshere antara pemain yang sangat berbakat namun masalah utamanya adalah kerapuhan fizikalnya.
Wilshere dianggap playmaker moden ala no.10 Sepanyol atau Brazil yang mencorakkan sistem permainan Inggeris ke tahap baharu.