XI Terabai Edisi Piala Dunia 2022 Menampilkan De Gea, Thiago Dan Renato

Semua negara yang menyertai Piala Dunia 2022 telah mengumumkan skuad rasmi mereka. Terdapat beberapa kejutan daripada skuad ini, banyak nama teratas rupanya tidak dibawa ke Qatar.

Salah satu pasukan yang meninggalkan sejumlah bintang mereka kali ini ialah Sepanyol. Pemain seperti Sergio Ramos, Thiago Alcantara, dan David De Gea tidak ada dalam senarai Luis Enrique.

Berikut adalah kesebelasan pemain terabai dalam Piala Dunia 2022 kali ini. Pemain yang disingkirkan oleh negara negara yang layak bertanding ye. Jangan kau tanya di mana Haaland atau Mo Salah pulak.

Penjaga gol: David de Gea (Sepanyol)

Pemain yang menyertai FIFA FIFPro World 11 pada 2018 itu sebenarnya telah beraksi dengan baik untuk Manchester United musim ini.

Bagaimanapun, jurulatih Sepanyol, Luis Enrique nampaknya lebih suka Unai Simon, David Raya dan Robert Sanchez untuk dibawa ke Qatar.

Malah, De Gea bukan pilihan utama Enrique sejak peringkat Euro 2020 semalam, walaupun ketika itu dia masih dalam skuad itu.

Enrique masih meragui De Gea secara taktikal walaupun penjaga gol itu sudah meningkatkan aspek ball playing beliau sejak dibimbing Erik Ten Hag.

De Gea malah gagal untuk menempatkan diri dalam senarai 55 pemain Sepanyol sebelum pemilihan akhir.

Bek tengah: Gabriel Magalhaes (Brazil)

Gabriel telah memainkan peranan penting ketika Arsenal mendahului Liga Perdana musim ini dan lima mata di depan tempat kedua. Bagaimanapun, jurulatih Brazil, Tite tidak memberi peluang kepadanya.

Dia dianggap antara pemain terbaik yang diabaikan oleh negaranya pada edisi kali ini, Dia memiliki minit permainan yang sangat banyak dan beraksi sangat cemerlang bersama Arsenal.

Bek tengah: Fikayo Tomori (England)

Tomori tampil cemerlang apabila AC Milan memenangi kejuaraan Serie A Liga Itali untuk musim 2021/2022. Bagaimanapun, dia telah kehilangan tempat dalam skuad England.

Salah satu sebab utama dia meninggalkan Chelsea adalah terpaksa kerana mencari minit permainan yang lebih banyak bagi mencerahkan peluangnya beraksi dalam Piala Dunia.

Bek tengah: Mats Hummels (Jerman)

Hummels pernah menyatakan kekecewaannya kerana terus disisihkan oleh pasukan Jerman walaupun dia tidak pernah mengumumkan persaraannya.

Dia antara nama yang sebelum ini diumumkan oleh Joachim Loew bahawa mereka sudah tidak ada tempat dalam skuad kebangsaan untuk memberikan peluang kepada pemain muda.

3 nama tersebut ialah Mats Hummels, Thomas Muller dan Jerome Boateng.

Ketika Hansi Flick mengambil alih, dia membuka pintu sekali lagi kepada 3 nama tersebut. Tetapi cuma Muller yang berada dalam penerbangan ke Qatar 2022.

Bek sayap kanan: Sergio Ramos (Sepanyol)

Walaupun mengalami masalah kecederaan, Ramos kembali ke prestasi terbaiknya di PSG. Malangnya, pemain berusia 36 tahun itu belum lagi berada dalam skuad Sepanyol.

Dia menyatakan sangat kecewa kerana gagal terpilih dalam Piala Dunia 2022 kali ini dan terpaksa menonton di tv.

Bek sayap kiri: Ferland Mendy (Perancis)

Mendy memenangi tiga trofi bersama Real Madrid pada musim 2021/2022 dan dianggap pada kemuncak prestasi untuk kariernya.

Bagaimanapun, dia tidak diendahkan oleh Didier Deschamps.

Pemain tengah: Renato Sanches (Portugal)

Bekas pemenang Golden Boy itu telah membuat 32 penampilan untuk Portugal tetapi kali ini gagal menambah kapsnya.

Dia beraksi sangat cemerlang bersama Lille pada musim 2020/21. Dengan membantu kelab itu menjadi juara Ligue 1. Dia menjadi bakat yang diburu banyak kelab besar Eropah sekali lagi.

Dia memutuskan untuk menyertai PSG. Ternyata langkah itu tidak membantunya untuk menempatkan diri dalam skuad kebangsaan Portugal.

Akibat tidak bermain secara konsisten di PSG, namanya dibuang daripada senarai skuad ke Piala Dunia 2022.

Pemain tengah: Thiago Alcantara (Sepanyol)

Sepanyol mempunyai begitu ramai pemain muda berbakat di bahagian tengah. Sepanyol akhirnya berani mengambil keputusan meninggalkan pemain yang pernah memenangi trofi Liga Juara-Juara sebanyak dua kali.

Thiago masih menjadi pemain penting untuk Liverpool. Namun Luis Enrique sudah menjelaskan bahawa dia masih ada pilihan yang lebih baik berbanding maestro itu.

Sayap kanan: Jadon Sancho (England)

Sancho tidak memenuhi jangkaan awal musim pertamanya bersama Manchester United. Namun dia perlahan lahan mendapatkan rentaknya. Pada musim ini dia kelihatan menikmati semula bola sepaknya di bawah Erik Ten Hag.

Tetpi ia belum cukup bagus di mata pengurus England England..

Penyerang: Ivan Toney (England)

Toney telah menjaringkan 10 gol musim ini, tetapi ia tidak mencukupi untuk meyakinkan Gareth Southgate untuk memilihnya untuk Piala Dunia 2022.

Southgat kemudian dilaporkan meninggalkan nama Toney kerana dia mendapat tahu pemain itu sedang disiasat atas kesalahan perjudian.

Sayap kiri: Roberto Firmino (Brazil)

Firmino telah kembali beraksi bersama Liverpool musim ini.

Berjaya menjaringkan beberap gol penting untuk pasukannya walaupun Liverpool tidak berada dalam prestasi konsisten.

Malangnya, dia tidak akan menambah 55 penampilannya untuk Brazil pada Piala Dunia 2022.

Simpanan

Kepa Arrizabalaga (Sepanyol)

Ante Rebic (Croatia)

Lucas Digne (Perancis)

Angel Correa (Argentina)

Gerard Moreno (Sepanyol)

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai