Zonal Asas Di Dalam Padang Yang Perlu Anda Tahu

Kotak-Kotak didalam bola sepak atau ianya lebih dikenali sebagai zonal.

Setiap pemain biasanya akan dipecahkan mengikut posisi di dalam padang. Kalau ikut teori konservatif, pemain akan dibahagi mengikut posisi mereka tersendiri.

Penyerang dengan peranan penyerang, pemain tengah dengan peranan tengah, manakala pertahanan dengan peranan pertahanan.

Dalam bola sepak moden, jurulatih biasanya akan mengarahkan akan pemain untuk berada didalam box masing-masing atau mengawal blok(kawasan) mereka yang telah ditetapkan.

Tujuan box ini adalah untuk memastikan bentuk (shape) pasukan tidak berubah ketika menyerang dan juga bertahan, jadi dalam situasi ini pemain akan lebih peka dimana mereka harus berada di dalam padang.

Kita semua sedia maklum dengan pemain tengah yang berbaka box-to-box. Pemain berbaka ini sangat sinonim dengan dengan sistem kotak(zonal) malah sangat limited.

Tidak ramai pemain tengah yang pakar dalam peranan ini. Pemain berbaka ini biasanya mempunyai kebolehan menyerang dan bertahan dengan baik malah dengan seimbang.

Pemain box-to-box akan berada di setiap kotak(zone) di dalam padang. Senang cakap, mereka akan bergerak ke setiap pelusuk padang.

Sebab tu aku kata, mereka sangat memerlukan keupayaan bertahan dan menyerang dengan baik. Pemain ini akan berada di blok(zone) bawah untuk bertahan malah akan berada di blok (zone) atas untuk menyerang.

Pemain yang terkenal dengan peranan ini adalah Frank Lampard dan Steven Gerrard di era kemuncak mereka. Di Malaysia, Syafiq Rahim dan Liridon Krasniqi antara pemain box to box yang baik.

Pemain no 6 biasanya lebih berdisiplin di kotak (zone) mereka. Mereka biasanya akan berada di zone 8,11. Kerana peranan mereka untuk mengekal bentuk pasukan ketika bertahan. Pemain no 6 yang berbaka deep lying midfield biasanya mempunyai kebolehan mencipta peluang dari zone tersebut.

Setiap jurulatih biasanya mereka mempunyai bentuk zonal atau kotak mereka tersendiri.

Sebab tu padang latihan yang baik sangat penting. Di eropah biasanya padang latihan mereka, setiap jurulatih akan bahagikan padang mengikut grid yang diinginkan mengikut kesesuaian taktikal mereka.

Di Malaysia, hanya JDT dan Selangor sahaja mempunyai kemudahan padang latihan yang baik.

Kedah khususnya masih lagi menggunakan padang latihan terbuka. Kadang-kadang team lain nak main bola petang-petang pon boleh menyewa padang yang sama.

Bukan tak boleh training, cuma kurang sesuai. Kemudahan untuk jurulatih menggunakan sepenuhnya padang latihan adalah sangat terbatas.

Selain itu, kalau anda master dalam zonal ini. Mungkin anda tidak akan mempunyai masalah untuk mengenalpasti peranan pemain didalam padang.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.