Atletico Sedia Jual Felix Ke Barcelona Dengan Nilai Selepas Diskaun €100 Juta

Joao Felix membuat kontroversi dengan kenyataannya yang menyatakan dia mahu menyertai Barcelona.

Di mana menurut pemain itu: “Bermain untuk Barcelona adalah imipian saya sejak kecil lagi. Saya mahu bermain untuk Barcelona, ianya akan seperti impian menjadi kenyataan.”

Baca di sini:

Bermain Untuk Barca Adalah Impian Saya Sejak Kecil – Joao Felix

Kemudian Atletico memberikan respon di atas sikap tidak profesional Joao Felix kepada Fabrizio Romano.

Di mana menurut mereka, Joao Felix harus mendapatkan kebenaran kelab untuk membuat kenyataan seperti itu kerana dia masih dalam kontrak.

Diego Simeone semakin meluat dengan perangai Felix yang sebelum ini sudah beberapa kali menunjukkan sikap tidak profesional kepadanya.

Baca di sini:

Atletico Bengang Dan Simeone Menyampah Dengan Kenyataan Joao Felix Mahu Sertai Barcelona

Kini Atletico sedia untuk menyelesaikan isu masa depan Joao Felix minggu ini. Dan meminta pemain itu kekal profesional dengan menyertai pra musim.

Atletico sedia menerima bayaran €100 juta yang dianggap harga selepas diskaun. Kerana Atletico membeli pemain itu €120 juta dahulu dan dia masih ada kontrak sehingga 2027.

Atletico kini menawarkan peluang terbaik untuk Joao Felix menunaikan impiannya itu. Atletico membuka pintu rundingan untuk Barcelona membeli Joao Felix yang sudah tiada dalam perancangan Diego Simeone.

Atletico akan berbincang dengan Joao Felix soal harga dan struktur bayaran yang mereka mahukan untuk pemain itu.

Atletico meletakkan harga sekitar €100 juta untuk pemain tersebut. Mereka sedia untuk meminjamkan Felix ke Barcelona dengan nilai €25 juta semusim. Musim lalu mereka hanya meminta €12 juta daripada Chelsea untuk meminjam Joao Felix selama separuh musim.

Selain itu, Barcelona harus membayar gaji penuh pemain itu untuk semusim yang bernilai sekitar €15 juta semusim.

Jika Barca setuju untuk mambayar €25 juta untuk Felix sebagai bayaran pinjaman, mereka boleh membayar tambahan sekitar €75 juta lagi sebagai klausa tebus beli tetap.

Joan Laporta sebelum ini pernah berminat mahu mendapatkan Joao Felix ke Barca. Namun halangan utama adalah masalah kewangan di kelab itu.

Felix dianggap sesuai dengan taktikal Xavi Hernandez. Tetapi Barcelona dalam proses untuk berjimat cermat pada masa ini.

Barcelona sebelum ini dikaitkan dengan Bernardo Silva dari Man City. Namun terhalang kerana isu FFP selepas mereka mendapatkan Ilkay Gundogan.

Barca turut gagal mendapatkan Lionel Messi kerana halangan kewangan. Dengan Lionel Messi sendiri terbuka menyatakan dia tidak setuju dengan idea bahawa Barca mahu mengurangkan gaji pemain pemain lain untuk menampung gaji Messi.

Messi menjelaskan dia sudah bosan menjadi mangsa kecaman media Sepanyol. Dan dia tidak sanggup menjadi kecaman sekali lagi dan menyusahkan pemain lain yang terpaksa berkorban.

Baca yang lain