COVID-19: Itali Catat 793 Kematian Sehari, Bersamaan 1,420 Kematian 48 Jam

Pada Sabtu, 22 Mac 2020, Itali mencatatkan rekod baharu angka kematian dalam sehari kerana COVID-19. Ini selepas Itali melaporkan hampir 800 kematian dalam sehari ataupun angka tepatnya 793 kematian.

Angka itu menjadikan jumlah kematian keseluruhannya pada Sabtu adalah 4,825.

Ini menjadikan Itali terus menjadi negara paling banyak kematian disebabkan oleh COVID-19. Kira-kira 38.3% daripada kematian kerana COVID-19 secara global adalah di Itali.

Selain itu, kadar kes baharu pada Sabtu meningkat sebanyak 6,557 dalam masa sehari kepada 54,578 secara keseluruhannya.

Angka korban di wilayah panas, utara Lombardi yang berdekatan dengan Milan telah melepasi 3,000 kematian.

Utara Itali telah menjadi kawasan paling teruk terjejas kerapa penularan wabak COVID-19. Ianya kira-kira 2/3 daripada kematian kerana COVID-19 di Itali adalah dari sana.

Pada Jumaat, Itali mencatatkan 627 kematian. Ketika itu, ianya angka paling buruk. Namun siapa sangka pada Sabtu angka kematian yang lebih dahsyat dicipta.

Hanya pada sehari berikutnya, rekod itu dipecahkan.

Covid-19: Itali Catat 627 Kematian Dalam Masa Sehari

Menjadikan dalam masa dua hari / 48 jam – Itali mencatatkan 1,420 kematian – walaupun di Itali sudah mengenakan perintah lockdown sejak 12 Mac lalu.

Sekarang ini di Itali, sesiapa sahaja keluar rumah akan melaporkan diri kepada polis untuk memberitahu apakah sebabnya.

Polis berhak meminta buki dan dokumen sokongan. Sesiapa sahaja yang keluar dari rumah tanpa kebenaran, akan dikenakan denda.

Tiada alasan nak ke pasar lagi

Alasan membeli barang dapur kini sudah tidak diterima. Tidak pasti macamana mereka mendapatkan keperluan asas. Mungkin kerajaan menghantar ke rumah?

Apa yang pasti, sebelum ini terlalu ramai yang menjadikan alasan membeli keperluan di pasar sebagai alasan untuk keluar rumah. Ada yang salah guna kebebasan yang minima itu. Dan kini ianya disekat.

Jika ada yang mahu bersenam dan berjoging, hanya dibenarkan di sekitar rumah sahaja.

Taman riadah dan juga pantai ditutup. Kerajaan dijangka akan mengumumkan untuk melanjutkan lagi tempoh penutupan sekolah.

Kerajaan akan mengadakan perbincangan lagi untuk mengenakan sekatan lebih kuat untuk mengawal pergerakan rakyat ketika lockdown.

Ketika ini polis dan tentera sudah diarahkan untuk berkawal di sekitar bandar bagi mengawal pergerakan orang awam.

Mereka yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas dan hukuman berat.

Sekatan lebih kuat

Menteri Luar Itali iaitu Francesco Boccia menyatakan: “Dalam 24 ataupun 48 jam lagi, Itali kemungkinan besar akan mengharamkan kesemua aktiviti di luar rumah / open air.”

Foto: AFP

Buat masa ini, terdapat lebih 50,000 orang di Itali dikenakan tindakan kerana melanggar peratuan perintah berkurung dan kuarantin.

Orang Itali ni memang ramai yang degil dan tak boleh duduk diam di rumah. Ini antara punca penularan wabak di negara mereka sangat drastik.

Kerajaan Itali awalnya menjangkakan seminggu selepas lockdown, mereka akan dapat mengurangkan kes baharu.

Namun jelas sekali mereka tersasar daripada landasan.

Apapun, kita doakan yang terbaik buat Itali dan juga seluruh dunia terutama sekali negara kita yang tercinta, Malaysia.

Sumber: RTE / Local It

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai