Ini Kesebelasan Terbaik Pilihan Mourinho, Dari Kalangan Pemain Pernah Diuruskannya

Jose Mourinho merupakan salah seorang pengurus terbaik di dunia pada era beliau.

Dalam kariernya pastinya signifikan dengan Chelsea. Selain itu beliau juga menempa kejayaan dengan Real Madrid dan Inter Milan.

Berikut adalah kesebelasan terbaik pilihan beliau.

Penjaga gol  – Petr Cech

Tiada keraguan lagi beliau memilih Cech. Sebab kalau ada pesaing pun pastinya Julio Cesar yang menjadi penjaga gol terbaik dunia pada ketika Mourinho menguruskan Inter Milan.

Cech dibeli dengan nilai £7 juta dari Rennes. Berjaya membantu The Blues menamatkan kemarau 50 tahun kejuaraan liga.

Bek kanan – Javier Zanetti

Pemain yang dilabel Mourinho paling profesional dan kapten serta pemimpin.

Mourinho menegaskan dalam kariernya, hanya ada dua kapten yang turut menjadi pemimpin iaitu Terry dan Zanetti.

Sebab tak semua kapten itu adalah pemimpin dan tak semua pemimpin boleh menjadi kapten.

Zanetti menjadi kapten Mourinho ketika menamatkan kempen musim 2009/10 sebagai juara treble. Pasukan Serie A pertama yang menjuarai treble dalam sejarah dan menamatkan kemarau UCL selama 45 tahun.

Bek tengah – John Terry

Pemain yang menjadi bek tengah terbaik dalam sejarah karier Mourinho. Terry juga legenda Chelsea yang menjadi bek tengah terbaik sepanjang zaman kelab tersebut.

Terry menjadi kapten yang paling banyak menjulang trofi untuk Chelsea di dalam sejarah setakat ini.

Beliau juga memiliki rekod unik sebagai pemain bek tengah paling banyak gol dalam sejarah EPL.

Bek tengah – Ricardo Carvalho

Maaf tiada nama Marco Materrazzi. Ini kerana Mourinho memilih salah seorang Mr Consistency ketika era beliau di Chelsea dan Porto.

Carvalho merupakan pemain yang bersama Mourinho dalam mencipta kejutan terbesar menjadi juara Eropah.

Beliau kemudian dibawa Mourinho bersamanya ketika di Chelsea dan kemudian bergabung semula ketika  di Real Madrid.

Bek kiri – William Gallas

Agak mengejutkan kerana bukan nama Ashley Cole ataupun Marcelo diletakkan oleh Mourinho di sini.

Mourinho menjelaskan beliau memilih Gallas kerana pemain itu berjaya menggalas tugas di posisi yang merupakan bukan posisi utamanya ketika membantu Chelsea menang back to back kejuaraan liga pada 2005 dan 2006.

Gallas kemudian ditolak ke Arsenal untuk menjadi sebahagian perjanjian mendapatkan Ashley Cole.

Tengah defensif – Claude Makelele

Mourinho sentiasa memuji Makelele sebagai salah seorang pemain penting di dalam kariernya.

Pemain berbadan kecil yang melawan stereotaip bahawa seorang DM kenalah keras.

Makelele bermain posisi DM dengan gaya destroyer. Di mana muncullah terma Makelele role. Kau ingat senang pemain tu nak dapat nama dalam etimologi bola sepak.

Makelele menjadi pemain penting Chelsea pada era revolusi awal di bawah Mourinho.

Tengah – Frank Lampard

Tak ramai pemain tengah box to box yang mampu menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab. Namun Frank Lampard salah seorang daripadanya.

Beliau menjaringkan 60 gol pada 3 musim pertama Mourinho di Chelsea. Rekod gol Lampard adalah luar biasa dan seperti seorang no.9.

Malah ramai menganggap beliau pemain terbaik dalam sejarah Chelsea, walaupun ada argumen bahawa Terry, Cech atau Drogba adalah terbaik sepanjang zaman. Itu pilihan masing masing.

Tengah ofensif – Mesut Ozil

Sebelum ni saya ada berkongsi kisah bagaimana Mourinho dan Ozil bergaduh dan pemain Turki itu menjelaskan mereka berdua memang selalu bercakaran.

Kisah Kenapa Ramos Pakai Jersi Ozil Tanda Solidariti Ke Atas Sahabat Baiknya

Tetapi dari sudut profesional Ozil menyatakan beliau sangat menyayangi Mourinho. Jose Mourinho pula mengiktiraf Ozil sebagai salah seorang pemain paling kreatif yang pernah diuruskannya.

Ozil menikmati karier gemilang di Real Madrid ketika bersama Mourinho.

Ketika Ozil dijual oleh Real Madrid ke Arsenal, Jose Mourinho menyatakan ia keputusan yang silap. Mourinho waktu itu dah dipecat.

Sayap kanan – Cristiano Ronaldo

Pernah terbaca bahawa, Cristiano Ronaldo dan Mourinho ni sangat jarang nak mengiktiraf antara satu sama lain.

Namun dari segi statistik, Ronaldo adalah pemain yang berada di peak terbaiknya ketika dengan Mourinho.

Mungkin Mourinho tahu pemain seperti Ronaldo tidak perlu dilayan sebagai bintang untuk memastikannya kekal mengutamakan pasukan.

Malah ketika di Real Madrid, Ronaldo merupakan antara pemain yang beberapa kali dikritik Mourinho.

Tetapi pengurus Portugis itu tetap merasakan pemain ini adalah antara terbaik pernah diuruskannya.

Ronaldo pernah menjaringkan 48 gol semusim dalam liga.  Dan ianya berlaku di bawah Mourinho.

Sayap kiri – Eden Hazard

Walaupun Hazard merupakan pemain yang dilaporkan pernah mengetuai kumpulan pemain menentang Jose Mourinho ketika era kedua beliau, namun Jose Mourinho tidak mahu perkara itu menolak fakta bahawa Eden Hazard antara pemain terbaik diuruskan beliau.

Prestasi cemerlang Hazard telah membantu Mourinho menjulang EPL ketiga bersama dengan Chelsea. Musim yang Hazard menjaringkan 19 gol semusim dan menjadi pemain terbaik PFA.

Penyerang utama – Didier Drogba

Korang mungkin dah tahu dan dah agak dah kan? Ya, Didier Drogba. Pejuang sejati Jose Mourinho.

Pemain yang memiliki segala kualiti yang Mourinho mahukan ada pada seorang penyerang.

Winning mentality yang kuat, karakter seorang pemimpin dan kualiti penyudah yang padu.

Drogba adalah pemain yang sangat faham dengan doktrin dibawa Mourinho: “Satu dunia menentang kita.”

Seni Pengurusan Mourinho: Menyemai Mentaliti The Against Us

Seterusnya Mourinho pernah berkata: “Jika aku pergi berperang, Drogba adalah orang yang akan ku bawa bersamaku.”

Jadi inilah rupa team beliau:

Amacm padu tak? Korang share la team alternatif kalau rajin – kat ruangan komen. Bagaimana dengan Wesley Sneijder?

 

Baca yang lain