Jiran Meninggal Dunia Tinggalkan ‘Sampah’ Bernilai RM2.16 Juta Kepada Keluarga Bertuah

Sebuah keluarga berbangsa Inggeris menjadi kaya raya dalam satu hari. Ianya kerana set permainan Star Wars yang terdapat di garaj mereka, ‘diwarisi’ daripada jiran mereka yang meninggal dunia.

Mendiang jiran mereka adalah kolektor tegar permainan sejak berdekad dekad lamanya. Koleksi permainan itu diletakkan dalam plastik sampah.

Tanpa disangka sangka mereka telah ditinggalkan ‘sampah’ yang paling bernilai di dunia iaitu set koleksi Star Wars yang bernilai £400,000 ataupun sekitar RM2.16 juta.

Pasangan itu pada awalnya tidak pasti apa yang harus mereka lakukan dengan beberapa permainan, anak patung yang dibuang oleh jiran mereka itu.

Lalu anak lelaki mereka menghubungi seorang pelelong untuk melihat sendiri harta karun memorabilia Star Wars termasuk figura aksi yang masih elok dalam bungkusan tertutup mereka.

“Ada beberapa permainan itu agak lembap kerana bagaimana ia disimpan, tetapi secara amnya ia adalah koleksi Star Wars terbaik yang pernah saya lihat,” kata Chris Aston dari Aston Auctioneers, kepada The Times.

Harga barangan mereka miliki itu sangat mahal kerana berada dalam kotak yang masih tidak dibuka dan keadaan kotak itu masih sempurna.

“Kami mempunyai banyak minat dari seluruh dunia dan selalu mengharapkan penjualannya berjalan dengan baik,” kata Aston mengenai lelongan itu.

Terdapat permainan Star Destroyer Commander, salah satu daripada dua contoh yang masih ada dalam bungkusan asalnya, yang dijual dengan harga £32,500.

Sebuah Palitoy Jawa masih dalam bungkusannya, dan dipercayai hanya satu daripada sepuluh yang ada di dunia ketika ini, bernilai £27,280.

Satu set terdiri dariapada 8 unit “Return of the Jedi” yang berharga hanya £1.59 setiap satu ketika mereka dibeli baru pada tahun 1980-an, kini berharga £1,400.

Helmet Storm Trooper hingga mata R2D2, salah satu memorabilia penting francais filem terbesar di dunia itu akan dapat meraih lebih banyak banyak wang lagi.

Pada tahun 2015, boneka Luke Skywalker, yang menggemparkan dunia pada tahun 1978 sebagai mainan kanak-kanak, kini bernilai $ 25,000 pada lelongan yang dianjurkan oleh Sotheby’s dan eBay.

Aston mengatakan pasangan Stourbridge akan “gembira” dengan durian runtuh yang tak mereka sangka.

“Saya tidak tahu sama ada mereka mempunyai rancangan khusus tetapi mesti mereka terasa seperti memenangi loteri,” katanya.

Veteran tentera jadi kaya raya

Pastinya kita teringat kepada kisah beberapa bulan lalu seorang lelaki telah membawa sebuah jam tangan Rolex yang dibelinya pada tahun 1974. Beliau membawanya kepada kedai barang antik untuk dilelong. Kot-kot ada harga.

Pada ketika itu dia membelinya dengan harga $345.97 selepas diskaun 10%.

Namun beliau sangat terkejut apabila jam yang dia simpan lebih 45 itu bernilai ratusan ribu dollar pada hari ini.

Lelaki itu muncul di siri PBS “Antiques Roadshow” dengan Rolex Oyster Rear Cosmograph Reference No. 6263 – miliknya.

Beliau mahu melihat berapa agaknya dia boleh dapat daripada harta antik itu jika dilelong. Orang kata saja la nak test market.

Ketika episod malam Isnin, rancangan itu bersiaran dari Bonanzaville di Fargo, North Dakota, beliau berdiri mendengar penilaian daripada penilai barangan antik miliknya itu.

Dia bukanlah seorang wor ataupun fu barang vintage di AS.

Lelaki tersebut merupakan seorang veteran Tentera Udara Amerika Syarikat, berkata dia membeli Rolex itu kerana mendengar ia adalah jenama yang sangat bagus untuk menyelam skuba.

Beliau membelinya pada April 1974 dan menerima jam itu pada April 1975.

Beliau membelanjakan hampir keseluruhan gaji bulanannya. Selepas itu, beliau merasa sayang nak memakainya kerana terlalu cantik untuk dibawa menyelam ke dalam air laut yang masin.

Lalu beliau menyimpan jam tangan di peti keselamatan selama hampir 40 tahun, hanya mengeluarkannya untuk memeriksa keadaanya.

Bukan jam itu sahaja dalam keadaan sempurna, tetapi veteran tentera itu telah menyimpan sekali kertas waranti, risalah asli Rolex untuk Cosmograph, beserta dua resit, dan dua kotak asal Rolex.

Pengumpul barangan antik pasti akan suka dengan jam tersebut kerana Paul Newman memakai model yang sama dalam filem 1969, “Winning,” kata penilai Peter Planes.

“Ia adalah satu perkara yang sangat hebat. Jam ini merupakan koleksi Paul Newman yang paling rare. Dengan keadaannya yang sebegini [dijaga rapi].”

“Dan saya tak rasa akan ada yang lebih baik daripada ini.”

Penilai barangan antik memberitahu jam tangan seperti itu sekarang bernilai $400,000 di pasaran lelong, lalu lelaki itu terbaring terus ketika mendengarnya.

Beliau seakan akan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

Tetapi penilai belum selesai. Kerana selepas melakukan beberapa penilaian tambahan, nilai jam itu dinaiikan kepada $ 500,000 dan $ 700,000 (sekitar RM2 juta ke RM2.8 juta).

Kenapa? Kerana ianya lengkap dengan dokumen dan juga tidak dipakai langsung.

Jam tangan itu sangat rare, menurut Planes, ditambah dengan ia tidak dipakai langsung dan ada semua dokumentasi asli.

Ia dikira barang lama yang ‘baru’. Maksud baru di sini, ia tak pernah dipakai.

Penerbit Eksekutif rancangan tersebut, Marsha Bemko berkata, mereka sangat takjub untuk show kali ini kerana barang rare yang dibawakan itu.

Ini ditambah dengan cerita di sebaliknya. Serta ketika pemilik jam itu memberikan reaksi yang penuh emosi apabila mendengar harganya.

“Buat pertama kalinya kami melihat tetamu kami terbaring kerana terkejut.”

Baca juga

Evolusi: Dari Bundle ke Wor

 

Baca yang lain