Kisah Ben Foster ‘Berdoa’ Tak Nak Sepasukan Vidic Ketika Latihan, Ini Sebabnya

Bekas penjaga gol Manchester United, Ben Foster berkongsi cerita tentang pengalaman beliau ketika bermain bersama dengan Red Devils.

Foster menyatakan beliau menyukai kesemua detik bersama dengan Manchester United kecuali ketika berlatih bersama dengan Nemanja Vidic.

Bukan kerana beliau tidak suka dengan pemain tersebut tetapi kerana beliau gerun dan takut diletakkan sepasukan dengan Vidic dalam sesi seperti 5 vs 5.

Foster berkongsi cerita pengalaman beliau bersama Vidic menerusi sebuah podcast.

Menurut Foster, Vidic memang seorang pendiam di luar padang. Namun di atas padang beliau sangat vokal. Tak kisahlah ketika latihan ataupun perlawanan sebenar.

Namun bezanya di sesi latihan, perangai Vidic membuatkan ramai yang tak mahu sepasukan dengannya.

“Bercakap tentang Nemanja, beliau merupakan seorang yang sangat pendiam di luar padang kan?”

“Namun begitu ketika di atas padang dan juga di padang latihan beliau merupakan seorang yang sangat menakutkan. Jujur saya cakap dengan kamu.”

https://twitter.com/eplfeeds/status/1255210214342582274?s=19

“Dia memang teruk, jujur saya katakan dia jenis pemain yang tak kisah dengan segala perkara apabila ketika di atas padang latihan.”

“Jika hari tu kami ada latihan 5 vs 5 ataupun 6 vs 6 atau sebagainya, apabila kamu diletakkan berada di dalam pasukannya, saya selalu merasakan semua orang berkata [dalam hati]: Pasukan Vidic, tolonglah jangan’.”

“Kerana jika pasukan kami tidak menang ataupun saya melepaskan gol ketika di dalam sesi latihan ia akan terus terang beritahu saya bahawa saya patut buat lebih baik.”

“Dia akan terus sembur je dan tembak semua orang dalam pasukan.”

“Secara jujurnya saya berkata, dia seorang pemain yang sangat teruk ketika di latihan tapi seorang yang sangat berbeza ketika di atas padang perlawanan sebenar.”

Foster menyatakan ketika perlawanan sebenar, Vidic seorang yang sangat supportive. Namun beliau tetap seorang yang garang.

Malah sebelum ini Darrent Bent berkongsi pengalamannya ketika bertemu dengan Manchester United di mana benda mendengar Vidic dan Ferdinand akan maki kesemua pemain di atas padang yang buat silap, termasuk sesama mereka.

Vidic, Ferdinand Maki Semua Orang Termasuk Van der Sar – Darrent Bent

Mereka langgar semua termasuk pemain senior seperti Edwin Van Der Saar.

Foster bermain untuk Manchester United dari 2005-2010. Beliau bermain 23 kali untuk pasukan utama dan melakukan 10 clean sheets.

Namun Sir Alex Ferguson terpaksa melepaskan beliau kerana ketika itu beliau mahu menyelamatkan kariernya di pasukan kebangsaan.

Vidic pula bermain 300 kali untuk United dan menempa banyak sekali kejayaan bersama dengan pasukan itu.

Beliau membentuk salah satu gandingan bek tengah terbaik di dalam sejarah Liga Perdana Inggeris bersama dengan Rio ferdinand.

Walaupun Foster menyatakan beliau tak suka berlatih dengan Vidic namun Foster sangat mengagumi pemain itu dan sangat suka apabila bermain perlawanan sebenar di atas padang bersama Vidic.

Bagi Foster, ia ibarat satu mimpi bermain di belakang salah satu pasangan bek tengah terbaik sepanjang zaman di EPL.

“Secara tersuratnya itu ibarat satu mimpi. Kamu memiliki dua orang bek tengah yang sangat kental di hadapan kamu.”

“Kamu dilindungi oleh beg tengah yang paling elegan, ball playing dan sanggup melakukan apa sahaja iaitu Rio Ferdinand.”

“Dan kamu miliki seorang lagi bek tengah yang seperti workhorse [iaitu Vidic].”

“Bek yang tidak kisah untuk melayangkan kepalanya bagi menghalang boot yang mahu merembat bola. Ianya satu pasukan impian.”

Baca yang lain