Lupakan Seketika Bruno, Ternyata Dua Pemain Ini Mendapat Pujian Sir Alex Ferguson

Bruno Fernandes telah menjadi nama yang sangat panas sejak menyertai Man United dan beliau sudah membantu pasukan itu bangkit daripada kemurungan.

Kini Man United masih belum kalah dalam liga dalam 17 perlawanan. Daripada bergelut di tangga kelapan, Man United kini berada dalam kawalan untuk ke top 4, selepas Chelsea dan Leicester dikitai lawan masing masing.

Pengurus legenda Man United, Sir Alex Ferguson telah menikmati prestasi cemerlang Man United ketika ini di bawah Ole Gunnar Solskjaer.

Dan menurut Daily Mirror beliau gembira dengan dua nama yang meningkat naik di dalam pasukan United.

Pertamanya ialah Mason Greenwood. Penyerang yang dilihat tiada kaki lemah.

Pemain muda yang terus cemerlang. Pemain yang diangkat daripada struktur akademi dan kini kelihatan sudah menyingkirkan Lingard dan Daniel James daripada kesebelasan utama.

Pemain kedua yang membuatkan Fergie gembira adalah pemain senegara dengannya, Scott McTominay.

Daily Mirror turut melaporkan Sir Alex Ferguson memang sentiasa berhubung dengan Ole Gunnar Solskjaer.

Dan beliau menyatakan kegembiraan beliau kepada Ole.

Alex Ferguson juga dilaporkan memberitahu Ole bahawa dia sangat teruja dengan form oleh pasukan Setan Merah sejak liga disambung semula.

Man United sudah menang kesemua 4 perlawanan terakhir liga perdana Inggeris mereka. Dan kini mereka mengintai untuk melanjutkan lagi rentetan kemenangan kepada lima ketika melayan kunjungan Southampton di Old Trafford dalam aksi malam Isnin.

Mason Greenwood menerima banyak pujian daripada prestasi semasa beliau. Menjaringkan 4 gol dan 1 assist dalam 4 penampilan terakhirnya dalam Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu, Scott McTominay telah menjaringkan 5 gol dan satu assist dalam semua pertandingan musim ini untuk Red Devils.

Man United benar benar berapi api form diorang sekarang. Sukar nak melihat mereka drop mata. Namun lawan mereka pada hari ini pun boleh tahan juga form diorang.

Baca juga:

Hanya Langit Jadi Sempadannya Buat Greenwood

Rashford, Martial Dan Greenwood, Trio Ke-6 Paling Tajam Di Eropah

Lihat Gol Lambung McTominay Dan Lob Assist Bruno Fernandes Memerahkan Manchester

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah