Mahkamah Gugurkan Dan Tutup Kes Greenwood! Ini Pula Pendirian Manchester United

Mason Greenwood disahkan bebas daripada sebarang pertuduhan berkaitan jenayah seskual dan keganasan domestik.

Ini semelas Mahkamah menggugurka kesemua kes dan pertuduhan ke atas pemain itu.

Gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penamatan kes undang-undang pemain mereka, Mason Greenwood.

Pada Januari 2022, Greenwood telah disabitkan dengan kes serangan seksual dan keganasan domestik selepas dia cuba merogol dan memukul teman wanitanya ketika itu.

Polis Manchester telah menahan Greenwood selama beberapa hari. Bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu kemudiannya dibebaskan secara parol sementara menunggu kesnya dibicarakan di mahkamah.

Dalam perbicaraan terbaru pada Februari 2023 mahkamah memutuskan bahawa kes Greenwood tidak akan diteruskan lagi.

Jadi, pemain itu boleh kembali semula ke Manchester United dan menyertai pasukan.

Sebelum ini dia digantung oleh kelab, sepanjang tempoh kes perundangannya disiasat.

Manchester United turut mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berkaitan dengan kes ini.

The Red Devils menyatakan bahawa mereka masih akan meneliti isu ini secara dalamn dengan teliti sebelum membuat langkah seterusnya.

“Manchester United telah mendengar keputusan Crown Prosecutor’s Service bahawa semua pertuduhan terhadap Mason Greenwood telah digugurkan,”

“Kelab kini akan menjalankan prosesnya sendiri sebelum menentukan langkah seterusnya.” tambah kenyataan itu.

Sejak kes ini tercetus, Greenwood telah digantung sementara daripada skuad Manchester United. Dia tidak dibenarkan berlatih di Carrington semasa kes undang-undangnya sedang berjalan.

Pemain penyerang serba boleh itu boleh beraksi di kesemua posisi. Dia boleh menjadi tambahan yang luar biasa kepada kualiti serangan Erik Ten Hag ketika ini.

Bagaimanapun Greenwood akan menunggu keputusan kelab berkaitan dengan kedudukannya di dalam pasukan.

Greenwood menyatakan bahawa dia lega akhirnya dibebaskan daripada kesemua pertuduhan ke atasnya.

Baca juga:

Greenwood Didakwa Kerana Cubaan Merogol, Man United Kekal Gantung Pemain Itu

 

Nike Tamatkan Tajaan Greenwood

Mason Greenwood Dibebaskan Atas Jaminan Polis

Baca yang lain