Persetankan Arahan, Napoli Paksa Pemain Kembali Berlatih

Pada ketika ini, lebih 5,400 orang telah meninggal dunia di Itali kerana COVID-19. Terdapat lebih 59,000 kes COVID-19 di negara mereka ketika ini.

Kerajaan sudah mengarahkan semua instutusi ditutup. Prosedur lockdown diperketatkan lagi sehingga tiada yang dibenarkan keluar kerana nak ke pasar.

Liga Itali telah pun digantung sejak 9 Mac yang lalu. Damiano Tommasi, Presiden Kesatuan Pemain di Itali telah memberikan amaran kepada mana-mana kelab untuk tidak memaksa pemain kembali bertugas ketika COVID-19.

Tommasi juga meminta kesemua pemain mengikuti arahan pihak berkuasa ketika perinta lockdown koronavirus.

Ramai pemain Serie A yang terjangkit dengan COVID-19, termasuk Rugani, Matuidi, Dybala, Gabbiadini – antara nama yang positif.

Terdapat kerisauan Serie A mungkin tidak akan dapat ditamatkan pada musim ini jika keadaan berterusan menjadi teruk.

Dalam masa 48 jam, sekitar Jumaat dan Sabtu – hujung minggu lalu – 1,420 kematian dicatatkan di Itali.

Menjadikan negara itu kini, negara paling teruk terjejas COVID-19.

Namun, di sebalik segala ketakutan dan COVID-19 yang mengganas, serta larangan oleh kerajaan  – Napoli telah meminta para pemainnya kembali ke latihan pada Rabu.

Napoli sudah bersedia untuk tidak mengendahkan nasihat keselamatan oleh kerjaan Itali.

Cagliari pula sudah memulakan latihan mereka pada Isnin.

Pada Jumaat lalu, Napoli menyatakan:

“SSC Napoli mengumumkan bahawa, pasukan akan kembali berlatih di Technical Center pada Rabu, 25 Mac, untuk sesi latihan sebelah pagi.”

Selain daripada Napoli, Lazio juga sudah bersiap sedia untuk mengarahkan pemainnya kembali berlatih pada minggu hadapan.

Tindakan Napoli dan beberapa kelab tersebut telah dikritik hebat. Ini kerana mereka meletakkan nyawa para pemain di dalam bahaya.

Dalam perkembangan yang lain, Liga Belarus juga antara liga yang dikecam hebat. Ini selepas mereka memutuskan untuk meneruskan sepak mula liga di tengah wabak koronavirus.

Presiden liga Belarus menjadikan alasan, di negara mereka belum darurat dan masih sedikit kes COVID-19.

Gila Agaknya! Liga Belarus Dikecam Kerana Terus Berjalan Di Tengah Wabak Covid-19


Presiden Persekutuan Bola Sepak Belarus, Vladimir Bazanov diminta memberikan komen beliau ke atas perkara itu.

Dan beliau berkata, tiada keperluan untuk Belarus menghentikan liga mereka, kerana hanya 51 kes positif koronavirus dicatatkan di negara itu.

Beliau berkata dengan riaknya: “Ini [angka 51 itu] bukan sebab untuk tidak memulakan musim ini.”

Beliau berkata lagi: “Beritahu saya, atas alasan apa untuk kita tidak memulakan liga kita?.”

Beliau kemudian bertanya kepada wartawan: “Saya nak tanya, adakah sekarang ini, darurat [kesihatan] sudah diisytiharkan di Belarus.”

Bazanov menyimpulkan bahawa keadaan di Belarus adalah tidak kritikal, dan oleh itu mereka memutuskan untuk memulakan liga tepat seperti mana yang telah dirancang.

Ditanya adakah beliau mempertimbangkan untuk bermain di stadium kosong? Bazanov menjawab: “Saya akui ada banyak perlawanan di Eropah [sebelum ini] dimainkan di stadium kosong.”

“Namun, apa yang berlaku, ramai juga penyokong yang berkumpul di luar stadium. Jadi, tidak masuk akal nak menutup pintu stadium dan bermain di stadium kosong.”

UEFA sudah mengambil langkah pro aktif dalam isu COVID-19. Kesemua liga di Eropah diarahkan digantung sementara.

UEFA juga sudah memutuskan untuk menganjakkan EURO 2020 ke tahun hadapan kerana keadaan yang meruncing ketika ini.

Sekarang Ni Nak Panggil EURO 2020 Atau EURO 2021?

COVID-19, sudah diisytihar sebagai darurat kesihatan Global oleh WHO beberapa bulan lalu.

Pematuhan kepada perintah dan nasihat pihak berkuasa amat penting pada ketika ini untuk mengekang dan mengurangkan penularan wabak COVID-19, terutama sekali di negara yang terjejas teruk seperti Itali.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di