Riqui Puig Kutuk Barcelona: “Cara Mereka Nak Tendang Pemain Menyakitkan Hati”

Bekas pemain tengah Barcelona, ​​Riqui Puig dengan terbuka mengecam layanan kelab terhadapnya sebelum pemergiannya ke LA Galaxy musim panas ini.

Banyak laporan menyatakan bahawa Barcelona cuba memaksa beberapa pemain mereka meninggalkan kelab. Kali ini Riqui Puig sendiri bersuara dan mebidas cara Barcelona melayan pemain yang menurutnya, membuatkannya sakit hati.

Puig yang berusia 23 tahun pada mulanya menyertai Barcelona pada 2014 dan selepas dinaikkan pangkat ke La Masia sebelum menembusi pasukan utama, tetapi dia gagal memegang peranan permulaan tetap di bawah mana-mana pengurusnya sebelum akhirnya disisihkan oleh pengurus semasa, Xavi .

Dia dikecualikan daripada jelajah pramusim kelab itu sebagai tanda keinginan Barcelona untuk berpisah dengannya dan mendesak pemain itu mencari kelab baharu – bersama Neto, Oscar Mingueza, Moussa Wague dan Samuel Umtiti.

Bercakap kepada AS, Puig mengakui dia tergamam melihat tingkah laku seperti itu yang dilakukan oleh bekas majikannya.

“Ia adalah bulan yang sukar kerana saya tidak pernah melihatnya sebelum ini, meninggalkan pemain di Barcelona sedangkan mereka melakukan jelajah tanpa pemain pemain ini,” kata pemain muda itu.

“Mungkin saya faham kedudukan kelab, mereka mahu memberi tekanan kepada pemain untuk pergi, tetapi ada cara lain untuk melakukannya. Sungguh sukar berada di Barcelona, ​​​​berlatih bersendirian, dengan empat rakan sepasukan lain yang turut bersama saya di sana.”

“Selepas tujuh tahun di kelab, berada di Barcelona apabila semua rakan sepasukan saya berada di Los Angeles bermain perlawanan di sana, sebenarnya ia amat menyakitkan saya. Ia adalah situasi yang sukar dan kadangkala anda perlu membuat keputusan dan mereka telah membuat keputusan ini tetapi saya tidak bersetuju dengannya.”

Kritikan Puig hadir ketika Barcelona terus mencuba dan berpisah dengan beberapa pemain dalam skuad mereka.

Mengejutkan! Audio Riqui Puiq Mengumpat Ferran Torres Tular: “Guardiola Pun Tak Pakai Dia”

Pemain tengah Frenkie de Jong mendapati dirinya terperangkap dalam pertempuran mengenai gaji yang tidak dibayar, dengan Barcelona mendakwa dia mesti menurunkan gajinya atau dijual, manakala penyerang Martin Braithwaite telah dicaci oleh penyokong kerana enggan menamatkan kontraknya dan bek kanan Sergino Dest telah dibekukan oleh Xavi.

Barcelona mahu mengeluarkan pemain pemain ini untuk membolehkan mereka mendaftarkan seorang lagi pemain, Jules Kounde yang masih gagal didaftarkan kerana larangan oleh La Liga.

Barcelona risau akan kehilangan Kounde jika pemain itu mengaktifkan klausa khas yang membenarkannya menjadi ejen bebas, jika berterusan tidak dapat didaftarkan.

Xavi telah mendakwa dia tidak kisah bahawa beberapa pemain menentang idea kelab mahukan mereka bermabus.

Seterusnya, Xavi kekal tenang tentang situasi Kounde, kerana dia yakin pemain itu akan berjaya didaftarkan tidak lama lagi.

Wartawan Gerard Moreno menyatakan, Barcelona perlu menjana sekurang kurangnya EUR17 juta lagi untuk membolehkan mereka mendaftarkan Kounde.

Baca yang lain