Statistik: Belum Ada Pasukan Dari Asia Tenggara Lain Berjaya Tumbangkan Park Hang-Seo

Vietnam menggunakan khidmat pemangku, Mai Dauc Chung hampir 16 bulan sebelum melantik Park Hang-Seo pada September 2017. Sebelum itu Vietnam dilatih oleh Nguyen Huu Thang.

Hang-Seo bertanggungjawab menguruskan skuad senior dan B23. Sementara itu skuad B19 dilatih oleh Hoang Anh Tuan.

PENCAPAIAN DI PIALA AFF DAN PIALA ASIA

Banyak pencapaian baik dilakar oleh jurulatih dari Korea Selatan ini bersama Vietnam tidak kira bersama pasukan senior atau B23.

Tugasan pertama yang digalas Hang-Seo adalah memastikan Vietnam layak ke Piala Asia 2019 dan dia berjaya melakukannya apabila menjadi naib juara kumpulan di belakang Jordan.

Pada pusingan akhir Piala Asia, Hang-Seo melakar kejutan dengan membawa pasukannya mara sehingga peringkat suku akhir sebelum ditewaskan Jepun 0-1.

Sebulan sebelum Piala Asia dijalankan Hang-Seo sudah menakluk Asia Tenggara melalui kejuaraan Piala AFF 2019.

Dalam pertandingan itu Vietnam menewaskan Malaysia melalui agrerat 3-2 selepas menumbangkan pasukan lawan 1-0 di laman sendiri.

BELUM KALAH DALAM KELAYAKAN PIALA DUNIA

Dua bulan sebelum kelayakan Piala Dunia bermula Hang-Seo mendapat jemputan dari Thailand. Vietnam menumbangkan pasukan tuan rumah untuk bermain di perlawanan akhir.

Hang-Seo meneruskan rentak cemerlangnya apabila menang 3 perlawanan awal kelayakan Piala Dunia menewaskan Malaysia, Indonesia dan jaguh Asia, UAE.

Namun Thailand berjaya mengekang penguasaan Vietnam. Akira Nishino mengikat Vietnam dua kali, seri di Pathum Thani dan Hanoi.

Tiada perlawanan dilangsungkan sepanjang tahun 2020, Vietnam membuat persiapan untuk melengkapkan baki 3 perlawanan peringkat kumpulan.

LETAK JAWATAN JIKA GAGAL

Hang-seo memberi bayangan akan melepaskan jawatan jika gagal membawa pasukannya melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 dan mara ke Piala Asia 2023 secara automatik.

Saya warga Korea yang sedang mengendalikan pasukan kebangsaan Vietnam.

Kalau tidak dapat keputusan yang bagus, saya akan kemas beg dan pulang ke rumah.

Itu tidak dapat dielakkan.- katanya dalam portal bola sepak Vietnam, Bongdaplus.

Vietnam akan bertemu Indonesia, Malaysia dan terakhir UAE.

Selama membimbing Vietnam, Hang-Seo telah menghadapi 23 perlawanan, tidak ada pasukan dari Asia Tenggara berjaya menumbangkan pasukannya sehingga hari ini.

Hang-Seo merekod 10 kemenangan dari 14 perlawanan melibatkan lawan dari Asia Tenggara. Vitnam dan Malaysia bakal menjadi lawan ke-15 dan ke-16 dari rantau yang sama.

Vietnam juga hanya kalah 2 kali dari 7 pertemuan melibatkan lawan dari Arab, UAE bakal mejadi lawan yang ke-8.

KIATISUK BERI PENGHORMATAN

Bekas ketua jurulatih Thailand yang kini bersama Hoang Anh Giang Lai melihat ini peluang terbaik Vietnam melangkah ke pusingan kelayakan dan mengubah landskap bola sepak mereka.

Saya mahu Vietnam melayakkan diri ke pusingan kelayakan terakhir. Sekiranya ianya terjadi, ia akan menjadi langkah besar buat bola sepak Vietnam.

Bagi negara saya Thailand, ia akan menjadi sesuatu yang sukar kerana kami perlu menang tiga perlawanan manakala Vietnam pula perlukan dua kemenangan sahaja.”

Vietnam boleh layak sekiranya mereka beraksi dengan baik ketika berdepan Malaysia dan Indonesia. Saya merasakan mereka boleh melakukannya.- ujar Kiatisuk.

Juara Piala AFF dan Suku Akhir Piala Asia merupakan pencapaian Hang-Seo. 23 perlawanan, 11 menang, 8 seri dan 4 kalah adalah statistik bersama skuad senior.

Vietnam hanya kalah kepada jaguh Asia iaitu Jepun, Iran dan Iraq.

Berapakah Pecahan Pemain Malaysia, Mengikut Pasukan Domestik Dalam Setiap Perlawanan Kelayakan Piala Asia

SKUAD B23

Hang-Seo tidak mengambil mudah sebarang pertandingan melibatkan pasukan B23. Dengan pasukan ini Hang-Seo juga merekod beberapa pencapaian besar.

Tugasan pertama bersama pasukan junior , Vietnam bermain dalam kejohanan Asia. Vietnam berjaya mara jauh sebelum tewas di tangan Uzbekistan 1-2 pada perlawanan akhir.

6 bulan selepas itu, Vietnam sekali lagi melakukan kejutan di Sukan Asia. Skuad muda Hang-Seo merekod 5 kemenangan berturut-turut walaupun tewas kepada Korea Selatan di peringkat separuh akhir.

Hanya kuasa besar bola sepak yang mampu mengekang skuad muda Vietnam ini.

Seterusnya Vietnam mudah menundukan Brunei, Indonesia dan Thailand di pusingan kelayakan untuk sekali lagi bermain di kejohanan Asia.

Walaupun berjaya mengikat UAE dan Jordan, kekalahan 1-2 jaringan minit akhir di tangan Korea Utara menggagalkan Vietnam mara ke peringkat kalah mati.

Vietnam bertemu 4 kali menentang pasukan dari Asia Tenggara, seperti skuad senior, Vietnam junior tidak pernah kalah malah menang kesemua 4 perlawanan tersebut.

Naib Juara kejohanan Asia B23 (2018) , dan separuh akhir Sukan Asia merupakan pencapaian Hang-Seo bersama skuad junior.

RUMUSAN

Sejak kehadiran Hang-Seo, Vietnam menjadi pasukan kuat di Asia Tenggara. Jaguh Asia Tenggara sebelum ini, Thailand gagal menumbangkan Vietnam dalam 3 pertemuannya.

Malaysia tewas 3 kali dalam 4 pertemuan menentang Vietnam. Kemboja, Filipina, Indonesia, Laos dan Myanmar antara yang pernah berhadapan dengan Hang-Seo, semuanya gagal.

Hanya Singapura belum diuji.

Vietnam semakin memberi saingan kepada pasukan Asia Barat apabila berjaya mengelak kekalahan ketika bertemu Jordan, UAE dan Yemen.

Mereka juga hanya kalah tipis apabila bertemu Iran, Jepun dan Iraq. Prestasi itu juga ditunjukkan dalam pasukan B23.

Statistik pasukan senior di Asia Tenggara: 14 perlawanan

  • 10 menang
  • 4 seri
  • 0 kalah

Statistik pasukan B23 di Asia Tenggara: 4 perlawanan

  • 4 menang
  • 0 seri
  • 0 kalah

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.