Yusoff Mahadi: Malaysia Tidak Capai Sasaran

Sejak berada di Dubai beberapa kenyataan dari Timbalan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Yusoff Mahadi banyak tidak menepati hakikat dan realiti.

Terbaru kenyataannya cukup agresif dan tidak berpijak di bumi nyata.

Adakah Yusoff mempunyai agenda atau memang tidak tahu tentang sesuatu perkara sebelum beliau mengeluarkan kenyataan.?

Kami cuba analisis kenyataan terbarunya yang dikeluarkan oleh Berita Harian semalam.

“Sasaran Cheng Hoe adalah untuk meraih 15 ke 16 mata. Kita dapat 12 mata, memang tak capai sasaran tapi tak terlalu buruk. Kita lebih fikir persediaan akan datang.”

Adakah timbalan presiden ini crazy. Yusoff meletakkan sasaran 15 hingga 16 mata kepada ketua jurulatih untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2022/23.

Bermakna Malaysia perlu menang 5 kali atau 5 menang 1 seri dari 8 perlawanan atau purata mata 1.9 hingga 2.0 mata setiap perlawanan.

Purata mata digunakan atas faktor jumlah perlawanan setiap sesi kelayakan tidak sama. Ada 3, 6 dan terbaru 8 perlawanan.

Dalam sejarah Malaysia, bermain di kelayakan Piala Dunia, adakah pasukan ini pernah meraih purata mata tersebut?

Kelayakan Piala Dunia 1974 (1.3), 1978 (1.0), 1982 (0.3), 1986 (1.8), 1990 (1.7), 1994 (1.0), 1998 (1.8), 2002 (1.2), dan 2006 kalah semua perlawanan (0.0).

Malaysia tidak layak bermain di peringkat kumpulan pada 2010 dan 2014 kerana kalah di peringkat playoff.

Pada edisi lepas (2018) Malaysia cuma meraih 2 kemenangan dari 8 perlawanan iaitu purata (0.8)

Jawapan: Tiada

Baca juga

FAM Tidak Perlu Menggelabah Dan Hanya Perlu Fokus Kepada 3 Perkara Ini

Tenyata rekod menunjukkan, Malaysia tidak pernah capai 1.9 hingga 2.0 purata mata seperti yang disasarkan oleh Yusoff Mahadi.

Malahan rekod terakhir Malaysia agak buruk. Kalah semua perlawanan selepas itu tidak layak bermain peringkat kumpulan 2 kali dan kali terakhir hanya 0.8 mata.

Yusoff Mahadi mempunyai cukup masalah dengan membina sasaran.

Selepas melakukan peningkatan dari 0.0, 0.0, 0.0 kepada 0.8 dan kini 1.5 mata, Yusoff melihat ada keperluan untuk menilai semula.

“Kita tengok keseluruhan bukan saja jurulatih, termasuk pemain. Ia perlu perbincangan untuk sediakan pasukan ini. Nak kata (Cheng Hoe) lulus atau tidak pada saya tak terlalu buruk, cuma tak capai sasaran,” katanya.

“Kita masih belum ada apa-apa perbincangan di peringkat ini (mengenai kedudukan Cheng Hoe). Selepas balik ke Kuala Lumpur nanti kita akan ada perbincangan yang menjurus kepada persiapan lebih komprehensif untuk persiapan kelayakan pusingan ketiga Piala Asia.

“Apa-apa keputusan saya tunggu daripada pengurusan tertinggi FAM. Segala keputusan saya terima saja. Tapi saya rasa kita masih ada satu sasaran lagi iaitu kelayakan Piala Asia yang jadi sasaran utama pasukan kebangsaan,” katanya.

Tiada rumusan tetapi hanya ada persoalan.

Realistik kah sasaran 15-16 mata selepas Malaysia hanya meraih 6 mata pada sesi kelayakan sebelumnya dan tidak layak pada 2 sesi sebelum itu.

Adakah dengan hanya ketibaan 2 pemain naturalisasi Yusoff sudah membayangkan Malaysia boleh meningkat 2.5 kali ganda dalam tempoh 4 tahun?

Iaitu dari 6 mata kepada 16 mata. Baginya 6 mata kepada 12 adalah ‘tidak terlalu teruk’.

Bukankah sepatutnya satu peningkatan besar selepas 15 tahun?

Baca juga

1974-1980 Kekal Menjadi Era Terbaik Pasukan Malaysia, 2015-2017 Zaman Paling Gelap

Baca yang lain