Pelumba berusia 21 tahun dari Perancis, Fabio Quartararo mendominasi perlumbaan di Jerez.
Yamaha Sepang Racing Team (SRT) ataupun disebut pusukan Pertonas Yamaha yang beribu pejabat di Sepang menjadi pasukan satelit Yamaha yang pertama memenangi perlumbaan di era MotoGP.
Selepas 8 bulan menunggu akhirnya MotoGP membuka tirai perlumbaan di Jerez.
Yesterday was a pretty good day for us, @MercedesAMGF1 and @PET_Motorsports:
Two pole positions and two lap records from Fabio Quartararo and Lewis Hamilton!#MotoGP | #SepangRacingTeam | pic.twitter.com/8i1iu7b8i8
— PETRONAS SRT (@sepangracing) July 19, 2020
Fabio Quartararo meraih kemenangan sulung MotoGP yang bersejarah dalam Grand Prix Sepanyol yang dramatik.
Sementara Marc Marquez mengalami kemalangan major pada beberapa pusingan akhir.
Maverick Vinales menggunakan alat holeshot baru Yamaha untuk merebut kelebihan dari petak kedua di grid, dan berusaha untuk memimpin dengan segera menggunakan cengkaman tayar depan lembut.
Di mana beliau dan rakan sepasukannya Valentino Rossi telah mengambil risiko.
Ini selepas Rossi mendakwa ada isu dengan suhu tayar motosikal ketika sesi latihan.
Tetapi Marquez dengan penunggang Yamaha itu terlibat dalam persaingan sangat sengit di pusingan ketiga.
Marquez menggunakan kekuatan Honda untuk bersaing dengan Vinales dan memecut di selekoh.
Marquez kemudian menampilkan perlumbaan yang dahsyat, dengan seolah oleh beliau sudah mengerti rentak Vinales tidak dapat berbuat apa-apa ketika dia terbabas di Turn 4.
Dengan melakukan aksi penyelamatan yang luar biasa dan mengendalikan jenteranya ketika terbabas keluar dari trek, Marquez berjaya masuk semula ke terek di tempat ke-16 sementara Vinales berada di kedudukan utama.
OH MY GOODNESS!
Marc Marquez pushes too hard and goes off track! He drops all the way to the back of the pack! 😱#MotoGP #MotoMad #SpanishGP pic.twitter.com/2ZNYVSyHgH
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) July 19, 2020
Namun, harapan kemenangan Vinales hancur bersama dengan tayar depannya yang lembut – ketika dia mulai bergelut dengan masalah kerana tayar lembut digunakan di permukaan litar yang panas.
Dia hanya mampu membiarkan Quartararo dan Jack Miller dari Pramac Ducati memintasnya.
Quartararo mendahului selekoh terakhir di pusingan kesembilan, sementara Marquez bangkit dengan cemerlang memintas ramai pelumba untuk naik ke tangga 10.
Penunggang Petronas SRT – Fabio Quartararo kemudian, langsung menggunakan kemampuan pecutan motosikal Yamaha untuk melepaskan diri dari yang lain, dan pada satu tahap mendahului sejauh enam saat.
Marquez mulai memulakan aksi yang agresif dan terus memintas pelumba yang lain.
Namun di selekoh yang sama Marquez terbabas sekali lagi dan dia kali ini gagal untuk mengawal motosikalnya dan tersingkir dari perlumbaan.
Marquez dimasukkan ke dalam ambulans dan dibawa ke pusat perubatan.
It doesn’t look good at all for Marquez.
He always had a dislocated shoulder problem, but this time there was also an hitting with the hand with front tyre in motion on ground.
Best wishes to one of the three best rider in the history of MotoGP, a proper fighter#SpanishGP pic.twitter.com/96VcHPLXsF— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) July 19, 2020
Quartararo tidak melakukan kesilapan dan fokus kepada rentaknya.
Sementara itu seteru utama Marquez, Valentino Rossi pula tersingkir pada pusingan ke-19, lebih awal daripada Marquez.
Rossi sebelum ini meminta agar pasukan kejuruteraan dan mekanik beliau memperbaiki aspek suhu tayar belakang motosikal dan ketika menyelekoh.
😲 @ValeYellow46 pulls out of the race on Lap 19!#SpanishGP 🇪🇸 pic.twitter.com/1XgOUwqUUm
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) July 19, 2020
Ternyata bukan sesi perlumbaan yang untuk dikenang buat The Doctor.
Pasukan Yamaha SRT cemerlang kali ini apabila pelumbanya menjuarai perlumbaan menerusi Fabio Quartararo.
Pasukan yang mendapat perhatian dunia selepas diperlekeh gara gara dikaitkan dengan Valentino Rossi.
Pasukan satelit Yamaha ini nampaknya menikmati sesi perlumbaan yang indah di Jerez selepas sesi latihan yang mengujakan.
Fabio Quartararo is a @MotoGP race winner 🙌
The 21-year-old wins his first race in the top class!
He is the future and the future is now 🤩#SpanishGP pic.twitter.com/3OWBe7znRP
— MotoGP on BT Sport (@btsportmotogp) July 19, 2020
Dan Fabio Quartararo meraih kemenangan sulungnya pada awal kempen tahun kedua untuk mengakhiri kemarau untuk pelumba Perancis dalam MotoGP sejak kemenangan Regis Laconi di Valencia pada tahun 1999.
Ini juga merupakan kemenangan perlumbaan pertama untuk pasukan Yamaha satelit di era MotoGP. Pasukan satelit ni bukan pasukan pengeluar yang direct ye.
Vinales di tangga kedua sementara Andrea Dovizioso di tempat ketiga. Vinales pasti lega kerana kesukaran dihadapinya namun masih berjaya menamatkan saingan di tangga kedua.
Enjoy this moment, Fabio Quartararo, because it is your for all eternity 🙌
A @MotoGP winner at the age of 21!
What a superstar 👏#SpanishGP pic.twitter.com/sWWGI2IpaE
— MotoGP on BT Sport (@btsportmotogp) July 19, 2020
Fabio Quartararo is a @MotoGP race winner 🙌
The 21-year-old wins his first race in the top class!
He is the future and the future is now 🤩#SpanishGP pic.twitter.com/3OWBe7znRP
— MotoGP on BT Sport (@btsportmotogp) July 19, 2020
Quartaro terharu dengan kejayaan memenangi perlumbaan yang pertama di dalam kariernya.
🇫🇷 La Marseillaise 🇫🇷
Fabio Quartararo stands on the top step of a @MotoGP podium for the first time as the French national anthem plays.
The greatest moment of his life 👏#SpanishGP pic.twitter.com/gGpKdDdUwr
— MotoGP on BT Sport (@btsportmotogp) July 19, 2020
Tahniah kepada Quartaro dan pasukan Yamaha SRT. Sementara rakan sepasukan Quartararo iaitu Franco Morbidelli berada di tangga kelima.
Berikut keputusan penuh:
Baca juga:
Selepas Berminggu Diperlekeh, Yamaha SRT Ungguli Dua Posisi Teratas Sesi Latihan Di Jerez
Casey Stoner Simpati Nasib Rossi & Sarankan: “Jangan Turun Kasta Sertai Petronas Yamaha SRT”
Bos LCR Honda Nasihatkan Rossi, Jangan Malukan Diri Sertai Petronas Yamaha Sepang Racing Team